Ini Antara Sebab Lelaki Pun Perlu Pakai Perfume Setiap Masa

GAYA HIDUP
September 18, 2017 - 11:44 PM


Ramai lelaki yang menganggap pakai perfume tu hanya untuk wanita. Bagi mereka lelaki sejati tidak memerlukan wangian pun. Cuukuplah wangian semula jadi. Hello...bangla tepi jalan pun pakai perfume ok. 

 

Kita kaum lelaki ni patut jaga penampilan. Wangian perfume memang diperlukan bangi mengelak orang disekeliling kita berasa tidak selesa dengan bauan semula jadi korang.

 

Semburan wangian bukanlah sekadar untuk melengkakan gaya kamu malah lebih dari itu. Begitu banyak jenama dan juga jenis wangian yang bisa anda pilih dan pakai. Kepada mereka yang tak pernah sembur perfume, ini lah masanya untuk korang cepat-cepat beli perfume dan gunakannya.

 

 

Memakai wangian akan menjadikan anda lebih menarik di mata wanita

 

Wanita lebih sensitif terhadap bauan pada tubuh kamu. Memakai wangian akan menjadikan anda lebih menarik kepada wanita. Dalam memilih pasangan, bau adalah aspek penting bagi wanita. Dalam kajian Eropah, ia menunjukkan bahawa walaupun isyarat visual adalah yang paling penting bagi lelaki dalam memilih wanita, aroma pula adalah faktor yang paling berkuasa untuk wanita dalam memilih lelaki. Seorang lelaki menggunakan mukanya terlebih dahulu, manakala seorang wanita menggunakan hidungnya (walaupun dia tidak tahu!).

 

Selain itu, wanita mempunyai deria bau yang lebih baik dan lebih halus. Bermula pada saat dilahirkan, wanita secara konsisten mengungguli lelaki dalam ujian bau, dalam kedua-dua pengenalan dan pengesanan. Malah, hidung wanita juga ditujukan untuk sensitif terhadap pheromone lelaki (hormon seks jenis beraroma). Semua wangian bergabung dengan aroma ini untuk membentuk pengalaman ciuman yang lebih berkesan dan menarik.

 

 

Haruman boleh memupuk hubungan emosi yang lebih mendalam dengan orang lain.

 

Bau adalah rasa yang paling berkuasa. Sebenarnya ia 150,000 kali lebih sensitif daripada penglihatan anda, dan mampu mengesan lebih daripada satu biji bau (mata kita hanya dapat mengesan sekitar 7,000,000 warna, dan terbau haruman ibu kamu, pasti emosi kamu akan terganggu seketika kerana secara tidak langsung, pemikiran kamu sedang bermaib dengan emosi kamu mneyebabkan kamu sedih juga rindu.

 

 

Haruman yang bagus menambah kesan keseluruhan anda menjadi seorang lelaki yang lebih perfect!

 

Kami tahu apabila anda berpakaian serba elok, ia secara tidak langsung menambahkan keyakinan diri anda. Anda hanya berasa lebih baik apabila kelihatan cantik. Memakai cologne boleh meningkatkan lagi perasaan itu, kerana anda yakin bahawa anda bukan sahaja kelihatan seperti satu juta dolar, tetapi juga haruman yang dipakai berbau seperti itu (satu juta dolar). Jenis haruman yang and pilih dan pakai melambangkan personaliti diri anda. Jadi, harus sedar betapa pentingnya sesuatu haruman itu yang bisa mengubah persepsi masyarakat pada diri kamu. Tidak kiralah sama ada pertemuan dengan si dia ataupun hal kerja.

 

 

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video