Jangan 'Screen Shot' Sijil Digital & Nombor Batch V4ksin Di Media Sosial. Takut Ini Jadi Pada Anda..
GAYA HIDUPSelepas pengumuman rasmi mengenai kelebihan kepada individu yang telah lengkap pengambilan 2 dos vaksin seperti yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini -- timbul pula cerita yang kurang enak apabila didapati kini wujud kes penjualan Sijil Digital Vaksinasi secara dalam talian.
Oleh itu, Timbalan Menteri Kesihatan 1 -- Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memberi peringatan kepada orang ramai bahawa tiada keperluan untuk masyarakat mencetak sijil digital berkenaan kerana tindakan itu boleh mengelirukan.
Katanya, orang ramai boleh sahaja menunjukkan sijil digital tersebut dari MySejahtera, tanpa perlu mencetaknya.
"Semua pihak mahu membuat perkhidmatan berbayar sedangkan ia tidak perlu langsung untuk mencetak.
“Cukup sekadar menunjukkan sijil berkenaan di telefon bimbit masing-masing kepada penguat kuasa termasuk di sekatan jalan raya (SJR),” katanya.
Selain sijil digital, Noor Azmi berkata orang ramai boleh menunjukkan kad vaksinasi yang diterima selepas suntikan dibuat.
“Masing-masing ada kad itu dan saya pernah jumpa rakyat yang ‘laminate’ kad berkenaan untuk disimpan seperti MyKad. Itu juga sebagai bukti sekiranya telefon bimbit kehabisan bateri dan sebagainya.
“Guna kad yang diberikan dan bukannya yang dicipta atau dijual. Setakat ini, hanya itu sahaja kaedah dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya.
Sementara itu, ada juga perkongsian tips keselamatan siber daripada pengguna TikTok @dayanakemesky agar orang ramai lebih berhati-hati dalam menjaga kerahsiaan maklumat berhubung Sijil Digital Vaksinasi mereka di MySejahtera masing-masing.
Tips tersebut perlu diberi perhatian terutama kepada mereka yang gemar berkongsi screenshot dokumen vaksinasi di media sosial.
– Jangan tunjuk status MySejahtera.
– Jangan muat naik sijil digital vaksinasi.
– Jangan dedahkan nombor kad pengenalan dan nombor batch vaksin
@dayanakemesky Don’t do this when you completed your vaccine 🤦🏻♀️⚠️ ##techtok ##jombelajar ##tiktokguru ##learnontiktok ##cybersecurity
♬ follow me on twitch LCH242 - lloyd🎯
Selain itu, @dayanakemesky yang juga seorang jurutera teknologi maklumat berkata perkara tersebut sekiranya didedahkan akan membuka ruang kepada ‘pencuri’ identiti dan penggodam.
Diharapkan korang yang sudah memuatnaik informasi ini terus bertindak memadamkannya sebelum ia disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Untuk rekod -- sehingga 12 Ogos 2021, sebanyak 42 peratus populasi dewasa Malaysia di seluruh negara telah selesai menerima 2 dos vaksinasi Covid-19.
Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 12 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/ctxQjh4zcF
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) August 13, 2021
Sumber: Sinar Harian,@dayanakemesky