Jalan-Jalan Ke Singapura Naik Tren. Ini Tip Dikongsi KTM Berhad!

GAYA HIDUP
April 30, 2019 - 12:39 PM


Seperti yang kita sedia maklum, Keretapi Tanah Melayu Berhad atau singkatannya KTMB merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia dari Padang Besar, Perlis hinggalah ke Woodlands, Singapura.

Bagi korang yang suka berjalan-jalan ke negara jiran itu, pastinya kapal terbang, bas atau memandu kereta sendiri sering menjadi pilihan korang untuk ke sana, kan?

Tapi apa kata sesekali korang cuba suatu kelainan iaitu bercuti ke Kota Singa itu dengan menaiki kereta api atau tren KTMB.

Selain kosnya yang lebih murah, korang pun mesti akan dapat pengalaman yang cukup menarik dengan menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan menuju selatan tanah air.

Lagi best kalau korang ikut tip yang dikongsi pihak KTMB untuk travel ke Singapura menaiki tren:-

1. Semak kekosongan dan harga tiket di laman web KTMB iaitu www.ktmb.com.my

Naik ETS Dari KL Sentral

- KL Sentral - Gemas (ETS)

Harga tiket:

-RM 31 Dewasa

-RM 20 Kanak kanak

KTMB sarankan untuk naik ETS EG9425 dari KL Sentral jam 12.11 tengah malam dan akan sampai di Gemas pada jam 2.40 pagi

Tukar Tren Intercity Ke JB Setral

- Gemas - JB Sentral (Tren Intercity)

Harga tiket:

-RM 21 Dewasa

-RM 15 Kanak kanak

Sambung perjalanan menaiki tren Intercity ES41 jam 05.45 pagi dari Gemas ke JB Sentral.

Kaunter tiket di Stesen JB Sentral, boleh beli tiket Shuttle Tebrau di sini.

-JB Sentral - Woodlands, Singapura (Shuttle Tebrau)

Harga tiket:

-RM 5 Dewasa

-RM 5 Kanak kanak

Boleh buat pembelian, semak jadual dan pilih tren melalui website bergantung kepada kekosongan.

(Tip: Dinasihatkan untuk datang awal bagi menaiki Shuttle Tebrau kerana penumpang perlu melalui pemeriksaan Imigresen dan gate ditutup 10 minit sebelum waktu berlepas)

 

2. Dah sampai Woodlands, perlu isi kad putih dahulu dan seterusnya perlu melalui Imigresen Singapura.

(Tip: Buku Merah jangan lupa bawa, moga moga belum tamat tempoh. Hehehe)

 

3. Keluar je dari Stesen Woodlands, boleh menuju ke bus stop yang berada di sebelah kanan.

Ada tiga bas untuk ke Woodland Mrt Station (Bus 903, 912 dan 950).

Tambang ke Woodland Mrt adalah $1.50.

Sepanjang jalan ke bus stop tu sebenarnya ada senarai bus dan destinasi. Boleh baca dan pilih.

4. Bawa duit secukupnya dan selamat bercuti! Yeayyyyy!

Sumber: KTM Berhad