Jom Melancong Secara Virtual Dengan 'MyVXp', Tiket Serendah RM15 Je!

GAYA HIDUP
October 23, 2020 - 06:37 PM


Di zaman COVID-19 melanda dunia, boleh dikatakan manusia menjalani semua aktiviti secara norma baharu iaitu menerusi online atau virtual dari rumah sahaja, termasuklah aktiviti melancong!

Bagi korang yang sememangnya kaki jalan dan semakin rindu untuk bercuti, apa kata korang cuba sebuah pengalaman baru dengan melancong secara maya tanpa batasan menerusi "Malaysia Virtual Experience" (MyVXp).

Untuk pengetahuan korang, MyVXp ini merupakan pakej melancong dalam talian yang menampilkan tarikan, destinasi dan produk pelancongan di Malaysia.

Bagi merasai sendiri pengalaman tersebut, korang boleh membeli tiket yang dijual dengan harga antara RM15 hingga RM50 untuk pengalaman secara maya selama 60 ke 90 minit.

Tiket berkenaan korang boleh dapati dengan melayari kofkino.com atau exploremalaysiavirtually.com.

Di situ terdapat lebih 150 produk MyVXp telah tersedia untuk diterokai secara digital -- yang mana korang tak  masih boleh 'mengembara' dengan selesa dan selamat tanpa perlu meninggalkan rumah.

MyVXp yang mula dilancarkan pada bulan Mei lepas merupakan inisitiaf daripada Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelancongan secara virtual ini, korang boleh sahaja merujuk kepada laman Facebook Tourism Productivity Nexus.

Sumber: Mstar

Destination: