6 Sebab Kenapa Eskayvie Diffenz Wajib Korang Bawa Bila Rentas Negeri & Pergi Bercuti!
GAYA HIDUPSejak 11 Oktober lepas, kita semua kembali bebas apabila Kerajaan telah mengumumkan kebenaran bagi aktiviti rentas negeri.
Pasti ramai yang melompat kegembiraan dan tak sabar untuk pulang ke kampung bertemu ibu ayah dan kaum keluarga yang dah hampir setahun tak jumpa, malah ada juga yang dah lama teringin nak bercuti jalan-jalan bawa anak-anak ke pantai, kolam renang, air terjun dan sebagainya.
Tetapi sebelum kita teruja untuk melakukan segala aktiviti tersebut, perlu diingatkan bahawa penularan wabak Covid-19 ini sebenarnya masih lagi wujud dan kita sudah mula perlu membiasakan diri hidup bersamanya dengan menjaga SOP serta kesihatan semaksima mungkin bagi melindungi diri daripada dijangkiti.
Atau dalam erti kata lain kita dah kena sedia untuk hidup dalam Fasa Endemik yang akan diumumkan Kerajaan menjelang hujung Oktober ini.
Oleh itu, dalam pada kita seronok dan gembira untuk pulang ke kampung atau kembali Cuti-Cuti Malaysia -- pastikan anda menjalankan tanggungjawab masing-masing melindungi diri dan keluarga.
Jangan ambil mudah kerana faktanya #KitaBelumMenang dan takkan kita nak biarkan "pisang berbuah dua kali" kena kurung di rumah lagi...mesti nak #KitaIkhtiar kan.
Justeru itu, apa yang boleh kita lakukan selain menjaga SOP dan kebersihan diri adalah dengan sama-sama berusaha meningkatkan sistem imun badan kerana risiko untuk dijangkiti wabak ini ada di mana-mana yang kita pergi.
Paling mudah untuk anda meningkatkan sistem imun badan adalah dengan mengambil "Eskayvie Diffenz" iaitu produk suplemen 4 dalam 1 yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat milik penuh Bumiputera, Eskayvie Sdn Bhd, melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif.
Ini 6 sebab utama kenapa Eskayvie Diffenz wajib ada dalam beg anda sebelum pulang ke kampung atau mula melancong selepas ini :-
1) 100 PERATUS BAHAN SEMULAJADI
Tablet berperisa blackcurrant ini dihasilkan dengan gabungan empat bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, buah Camu-camu, vitamin C dan vitamin D.
Mesti ramai yang tak pernah dengar tentang Cendawan Susu Harimau ni, kan?
Cendawan Susu Harimau atau nama saintifiknya Lignosus rhinocerus diiktiraf sebagai harta karun negara kerana ia sangat bernilai dan amat sukar didapati.
Kajian terhadap kebaikan dan manfaat Cendawan Susu Harimau yang hampir pupus ini ternyata bukan sahaja membantu menyokong kesihatan paru-paru malah turut mengandungi manfaat lain, termasuk menguatkan sistem pertahanan badan, kaya dengan antioksidan dan membantu mengurangkan keradangan dalam badan.
Malah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga seorang doktor perubatan turut memanfaatkan nutrisi daripada cendawan berkenaan yang membantu mengatasi masalah batuk yang dialami.
2) SEDAP DAN MUDAH DINIKMATI
Seperti produk suplemen kebiasaan yang ada di pasaran, kebanyakkannya ada yang sukar untuk ditelan kerana rasanya yang pahit atau terlalu kuat.
Namun dengan Eskayvie Diffenz ini anda tidak perlu risau untuk mengamalkannya kerana rasanya yang enak dan masam manis membuatkan ia digemari oleh golongan dewasa.
Malah kanak-kanak seawal usia lima tahun juga boleh mengambilnya untuk meningkatkan sistem imun badan.
Jadi sangat menjimatkan apabila Eskayvie Diffenz ini dapat melindungi anda sekeluarga daripada risiko dijangkiti virus.
3) MELALUI KAJIAN SAINS TERKINI
Kalau anda nak tahu Eskayvie Diffenz ini bukan sembarangan produk suplemen kesihatan yang dijual di pasaran kerana ianya telah melalui pelbagai proses penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Ia diusahakan melalui kajian sains terkini dan formulasi terperinci oleh Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, graduan Vrije Universiteit Brussels, Belgium dalam bidang perubatan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie yang optimis dengan khasiat produk berkenaan.
Bahkan kajian terhadap kebaikan dan manfaat Cendawan Susu Harimau, salah satu bahan di dalam produk ini telah giat dijalankan sejak tahun 2002 lagi.
4) MENDAPAT KELULUSAN KKM & HALAL
Produk keluaran Eskayvie ini telah mendapat pengiktirafan sijil HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selain mendapat kelulusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Malah ia juga pernah menerima Anugerah Superbrand dan menjadikan Eskayvie Diffenz sebagai produk pilihan rakyat Malaysia yang menyokong matlamat penjagaan kesihatan masa kini.
5) TESTIMONI DARIPADA PENGGUNA POSITIF COVID-19
Eskayvie Diffenz telah berjaya dijual lebih 500,000 unit dan sudah ramai individu yang mendapat manfaat serta khasiat terbaik sepanjang mengamalkan produk ini terutamanya bagi mereka yang ingin meningkatkan penjagaan kesihatan paru-paru dan sistem imun badan.
Malah ada juga individu yang disahkan positif Covid-19 mencuba produk ini dan ternyata ianya membantu mereka dalam mengurangkan kesan jangkitan serta memberi kesembuhan segera.
6) HARGA MAMPU MILIK
Disebabkan Eskayvie Diffenz ini diformulasikan dengan empat bahan utama yang ternyata agak mahal di pasaran jika dibeli secara berasingan hingga boleh mencecah harga sehingga RM500 untuk keempat-empat bahan yang digunakan.
Namun dengan sebotol Eskayvie Diffenz 4 dalam 1 ini anda hanya perlu membayar RM66 sahaja dan anda dapat kesemua khasiat daripada keempat-empat bahan di dalamnya. Sangat menjimatkan, bukan?
Jadi jika anda berminat untuk #KitaIkhtiar dalam norma baharu dengan Eskayvie Diffenz, anda boleh melayari laman web Eskayvie Diffenz atau pergi sahaja ke Facebook Eskayvie Malaysia dan Instagram eskayviemalaysia.
Sebelum anda nak start packing beg dengan Eskayvie Diffenz, apa kata kita layan dulu video 'Persediaan Endemik' yang disampaikan oleh Dr Syid Ayob ini :