Pelancongan Rentas Negeri Bakal Dibenarkan Dalam Masa Terdekat Melibatkan Genting, Cameron, Dan Bukit Fraser
TERKINILangkawi je buka... tempat pelancongan yang boleh sampai naik kereta tak nak buka ke?
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato' Sri Nancy Shukri berkata kerajaan dalam 2-3 hari ini akan berbincang mengenai kebenaran pelancongan rentas negeri yang bukan sahaja melibatkan pulau-pulau peranginan malah turut sekali merangkumi tempat-tempat pelancongan di tanah besar seperti Genting Highlands, Cameron Highland, dan Bukit Fraser.
Menurutnya, perkara tersebut dirancang bagi menggalakkan lagi pergerakkan orang ramai yang turut sama akan membantu meningkatkan semula ekonomi tempatan, dan antara agenda lain perancangan tersebut adalah bagi membantu penduduk tempatan dalam sektor pelancongan yang telah lama terjejas.
"Bila interstate itu dibuka, maka orang luar boleh masuk juga. Kita telah senaraikan nama-nama destinasi bukan sahaja pulau, termasuk mainland seperti Genting, Cameron Highlanfd, Fraser's Hill, dan destinasi yang boleh menarik minat orang untuk bergerak,"
"Apabila mereka bergerak, maka ekonomi akan meningkat. Pada masa yang sama, kita bantu mereka yang terjejas, yang terkesan, mereka yang berkerja dengan sektor ini, sama-sama kita bantu keluarga yang terkesan, dan tidak mendapat pendapatan." kata Nancy pada sidang Parliman hari ini.