
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, Tourism Malaysia 5 Negeri Dibuka Semula!
VIRALKalau korang masih ingat 2 tahun lepas, kecoh apabila semua pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara diarahkan tutup serta-merta berikutan dakwaan berlaku pertindihan tugas dan peranan dengan agensi pelancongan negeri.
Namun bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bercadang membuka semula Pejabat Tourism Malaysia di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
Ia bertujuan untuk menyelaras usaha dan memberi fokus bagi menarik pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia pada tahun depan.
Memetik laporan BERNAMA, perkara itu dimaklumkan Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi yang melihat terdapat keperluan untuk membuka semula lima Pejabat Tourism Malaysia yang sebelum ini telah ditukar fungsinya sebagai Pusat Penerangan Pelancongan.
Setakat ini katanya perbincangan secara terperinci sedang dilakukan bersama kerajaan negeri terlibat, selain giat juga menjalankan pelbagai promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 di luar negara termasuk di London dan Berlin.
P/S: Semoga dengan beroperasinya semula 5 pejabat Tourism Malaysia yang dinyatakan Pak Menteri, sasaran kunjungan 30 juta pelancong antarabangsa dan domestik ke negara kita berjaya dicapai tahun depan. Jom Cuti-Cuti Malaysia!
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video