Guna Doraemon & BTS Untuk Promosi Tahun Melawat Malaysia 2020. Apa Rasionalnya?

TERKINI
April 25, 2019 - 05:10 PM


Seperti yang semua sedia maklum, tahun depan negara kita akan menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2020 atau Visit Malaysia 2020.

Ia bertujuan untuk mempromosikan industri pelancongan negara kepada dunia bagi menarik kedatangan 36 juta pelancong antarabangsa ke Malaysia. Itu yang menjadi sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya! 

Tetapi dalam kerancakan pihak kementerian dan Tourism Malaysia merangka pelbagai acara promosi, ada berita yang kurang enak didengar dan terus menjadi kecoh di laman media sosial.

Yela, cuba korang fikir apa relevannya bila 2 ikon popular Jepun dan Korea iaitu Doraemon serta kumpulan K-Pop, BTS tiba-tiba sahaja dipetik bakal menjadi 'Duta' untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020?!

Langsung tak rasional dan confirm la dapat kecaman pelbagai pihak.

Dah kenapa pula watak animasi Jepun dan kumpulan popular Korea jadi wakil Malaysia nak tarik pelancong asing ke negara kita sendiri? 

Mau confius pelancong nanti, dorang ni nak bercuti pergi Malaysia ke Jepun atau Korea...

Macam la dekat Malaysia ni dah tak ada ikon menarik yang popular untuk pikat pelancong luar sampai nak kena 'gadai' identiti dan imej negara kita pada negara orang? Haishhh...

Tapi setelah min baca semua laporan media dan juga cerita-cerita di laman sosial, rasanya isu ini boleh diselesaikan secara baik dan tak perlu berterusan jadi 'bahan pertikaman lidah' antara kita.

Sebabnya, semalam pihak Balai Seni Negara telah menjelaskan bahawa pihaknya tiada perancangan mengadakan pameran kartun animasi terkenal Jepun, Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Cuma yang dimaksudkan adalah jika Doraemon membuat promosi di Jepun sempena Sukan Olimpik 2020 di negara terbabit, mungkin pihak Doraemon boleh mempromosikan sekali Tahun Melawat Malaysia 2020, itupun dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia.

Kenyataan daripada Balai Seni Negara itu juga turut menerangkan bahawa 'Doraemon Pop -Up Store' yang dirasmikan di KLIA 2, bulan lepas hanyalah sebuah program promosi bergerak produk dan cenderamata Doraemon, bukannya berbentuk pameran khas.

Jadi isu Doraemon ni kira dah settle! Tapi, macam mana pula cadangan yang kata nak bawa masuk BTS buat persembahan di Malaysia dengan harapan dapat menarik penganjur industri hiburan melabur dalam negara kita?

Setakat yang min tahu, sehingga kini belum ada kata putus sama ada Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia merangkap Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia berjaya atau tidak mendapatkan BTS, seperti mana yang diarahkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

So, sama-samalah kita nantikan perkembangannya ya! 

Macam-macam hal sungguh dekat Malaysia ni, kan? Hehehe...