Nov Ini, Jepun Tarik Balik Larangan Perjalanan Ke 12 Negara Termasuk Malaysia

PANAS
October 15, 2020 - 04:57 PM


Jepun bercadang melonggarkan sekatan pintu sempadan apabila menarik balik larangan perjalanan ke 12 buah negara -- termasuk Malaysia bermula bulan hadapan (November 2020).

Lapor akhbar tempatan Yomiuri yang dipetik Reuters, antara 11 negara lain ialah China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.

Ia bagaimanapun menyarankan agar perjalanan rentas sempadan hanya dibuat atas tujuan penting.

Kerajaan Jepun sebelum ini melaksanakan sekatan perjalanan ke 159 negara serta wilayah di seluruh dunia.

Sementara itu, 'Negara Matahari Terbit'  tersebut akan melonggarkan syarat menjalani kuarantin selama dua minggu bagi sesetengah pelawat perniagaan, lapor akhbar Nikkei.

Peraturan baru itu akan dikenakan ke atas rakyat Jepun yang pulang ke negara itu dan para pemegang visa jangka panjang, di mana sebilangan daripada mereka akan dikecualikan daripada kuarantin, bergantung kepada kapasiti ujian di lapangan terbang.

Sumber: Astro Awani

Destination: 
Artikel berkaitan