Mulanya Hanya 7 Bandar Diisytihar Darurat, Kini Seluruh Jepun Diumum Lockdown!

TERKINI
April 17, 2020 - 02:41 PM


Di saat China sudah semakin membaik dan pulih daripada pandemik COVID-19 --- lain pula ceritanya dengan 'negara matahari terbit'.

Semalam, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara itu dalam usaha mengekang penularan wabak koronavirus.

Pada 7 April lepas, Jepun hanya mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu -- termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.

Pengisytiharan itu membolehkan dan memberi kuasa kepada gabenor wilayah berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus.

Bagaimanapun, gabenor di wilayah lain turut mahu darurat diperluaskan apabila virus itu sudah merebak ke kawasan lain. 

Ada beberapa wilayah telah mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal. 

Sehingga kini (17 April), Jepun telah merekodkan 9,231 kes positif COVID-19 dengan jumlah kematian seramai 190 kes.

Sumber: Bernama

Baca artikel terdahulu: 7 Bandar Di Jepun Diisytihar Darurat Selama Sebulan

Destination: