Bersyukurlah 'Kluster Kayangan', Di Jepun Penumpang Dari Luar Negara Hanya Diberi Katil Kadbod

TERKINI
April 13, 2020 - 03:49 PM


Kalau kita di Malaysia, setiap rakyat atau individu yang baru pulang dari luar negara akan diwajibkan untuk kuarantin diri di pusat-pusat kuarantin yang sangat selesa dan telah digazetkan Kerajaan berupa premis kerajaan, swasta malah ada juga hotel-hotel bertaraf 5 bintang.

Namun lain ceritanya jika anda merupakan penumpang yang mendarat di Lapangan Terbang Narita di Jepun.

Semua penumpang dari luar negara di sana hanya disediakan katil yang diperbuat daripada susunan kadbod, tilam dan selimut untuk digunakan sambil menunggu keputusan ujian saringan COVID-19 masing-masing.

Walaupun kebanyakan penerbangan di Narita telah dibatalkan namun masih ada juga pesawat yang mendarat dan menurunkan penumpang yang datang dari luar negara termasuk Amerika Syarikat dan Itali.

Sebelum dibenarkan pulang ke rumah, setiap daripada mereka diwajibkan untuk menjalani ujian saringan koronavirus.

Hasil ujian itu boleh didapati paling cepat hanya sekitar 6 jam, namun jika lewat ini bermakna penumpang terpaksa menginap selama satu atau dua hari lagi di lapangan terbang tersebut.

Setakat ini, Jepun telah mencatatkan kes COVID-19 sebanyak 7,370 dengan 123 kes kematian.

P/S: Sedihnya...kita di Malaysia ni masih ada golongan dipanggil 'kluster kayangan' yang tidak berpuas hati atau bersyukur dengan pusat kuarantin yang disediakan Kerajaan. Hurmmm...

Sumber: The Star

Destination: