Jepun Lanjut Darurat Sehingga Hujung Bulan Ini

TERKINI
May 04, 2020 - 05:29 PM


Jepun memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat di seluruh negara sehingga 31 Mei bagi mengekang penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu memetik Kyodo News.

Kerajaan telah memaklumkan kepada parlimen berhubung rancangan itu selepas mendapat persetujuan panel penasihat pakar perubatan.

Perkara itu mungkin akan diumumkan Perdana Menteri Shinzo Abe hari ini dalam satu sidang media yang dijangka diadakan 6 petang waktu tempatan (0900GMT). 

Namun, Jepun dijangka melonggarkan sekatan kegiatan sosial dan ekonomi di beberapa wilayah.

Negara itu sebelum ini mengisytiharkan darurat pada 7 April.

Jepun setakat ini mengesahkan lebih 15,000 kes dengan kira-kira 550 kematian, menurut Kyodo News.

Sumber: Bernama

Destination: