7 Bandar Di Jepun Diisytihar Darurat Selama Sebulan

TERKINI
April 08, 2020 - 01:42 PM


Semalam (7 April), Jepun telah mengisytiharkan darurat selama sebulan di 7 bandar raya negara itu susulan situasi semasa penularan COVID-19 yang semakin meruncing.

Lapor agensi berita Sputnik, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan darurat akan dikuatkuasakan  di Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.

Jepun setakat ini mengesahkan 4,845 kes COVID-19 dengan angka kematian mencecah 108 orang. Seramai 1,211 pesakit sembuh.

Sumber:Bernama

ARTIKEL BERKAITAN : COVID-19: Jepun Bakal Isytihar Darurat?

Destination: