"Jangan Parap Woi!" - Reaksi Penonton Ketika Messi Dikasari Cukup Menghiburkan

GAYA HIDUP
November 17, 2022 - 03:58 PM


Tinggal tiga hari lagi sahaja sebelum sepak mula pertama kejohonan sukan terbesar dunia iaitu Piala Dunia Qatar 2022. Kebanyakan negara yang layak sudah mengeluarkan senarai squad yang dipilih untuk beraksi mewakili negara masing-masing.

Ada juga beberapa negara yang bermain perlawanan persahabatan sebagai persiapan terakhir menjelang piala dunia. Antara yang mencuri tumpuan sudah tentu negara amerika selatan, Argentina. Perlawanan persahabatan bersama UAE mendapat sambutan yang hangat!

Argentina menang selesa pada perlawanan tersebut. 5 gol berjaya dijaringkan oleh Julian Alvarez, Angel di Maria, Correa dan kapten pasukan Lionel Messi. Namun pada perlawanan tersebut, satu momen cukup mendebarkan berlaku

@justrandomspeed Messi almost injured by UAE Player😒 |Even Arab fans curssed at him for that bad tackle😂 #messi #argentina #footballtiktok #fyp #viral ♬ original sound - Football Content😴

Momennya adalah ketika Messi yang diterjah oleh seorang pemain UAE. Reaksi dari para penonton cukup menghiburkan. Ramai dari mereka yang bangun dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemain kebangsaan mereka sendiri kerana mengasari Messi.

Perlawanan tersebut diadakan di Stadium Mohammed bin Zayed, UAE. Argentina menjadi pilihan ramai peminat bola sepak untuk menjuarai kejohanan kali ini dan Messi juga sedang berada dalam prestasi yang terbaik musim ini.

Destination: