"Jangan Straight Forward Sangat" - 8 Cara Memikat Crush Di Media Sosial!
GAYA HIDUPMemikat 'si dia' yang kita suka di media sosial memerlukan ketelitian kerana orang yang kita suka atau crush tu akan nilai kita dari macam-macam aspek. Muka-lah, posting-lah, perangai-lah, habis di-stalknya kita. Waktu tu-lah kita kena jadi memikat dekat sosial media.
Mulakan dengan tanggapan yang baik untuk si dia. Terdapat pelbagai cara untuk membuat crush anda suka atau jatuh cinta namun jika tersalah langkah, punahlah tanggapan dia terhadap anda. Jadi, anda perlu tahu cara paling ideal untuk memikat hati si dia terutama sekali di sosial media.
Pernah tak anda terfikir mengapa anda masih belum memiliki teman istimewa walaupun nisbah wanita lebih ramai berbanding lelaki? Anda sudah beberapa kali mencuba tetapi tiada seorang pun yang 'melekat'? Jangan putus asa kerana tips berkenaan akan membantu anda mendapatkan pasangan idaman di media sosial.
1. Pilih Gambar Yang Menarik
Impression pertama amat penting kerana jika seseorang itu tidak berminat dengan anda, dia akan terus turn-off! Pilih gambar menarik yang menggambarkan anda seseorang yang fun, tidak membosankan dan cool.
Gambar anda having fun dengan kawan-kawan atau yang membuatkan anda kelihatan bergaya dan yakin dapat menunjukkan karakter anda sebenarnya. Jangan pula post gambar yang boleh buat crush berfikiran buruk terhadap anda.
Contohnya, gambar yang menunjukkan anda ni seorang yang kutu rayau atau terlalu bersosial, maka itu satu turn-off pada sesiapa saja dan menganggap anda masih belum 'dewasa'.
2. Jangan Begitu Straight Forward
Cuba anda dekati si dia dengan cara bersahaja dan tidak terlalu gelojoh. Sentiasa melihat Instagram story-nya dan like setiap gambar di feed memberi tanda anda berminat untuk mengetahui gaya hidupnya.
Namun, jika anda ingin make a move, jangan terus DM si dia dengan ayat "Hai, boleh berkenalan?". Takkan ada sesiapa yang berkenan dengan cara tersebut. Ini caranya, sebagai contoh si dia memuat naik gambar berserta lagu kegemarannya, cuba dekatinya dengan soalan "You minat lagu ni? I pun sama! Dengar cerita artis ni akan buat konsert di Malaysia tak lama lagi". Mustahil untuk dia tidak membalas kembali orang yang sama minat dengannya.
Dengan hanya menegur dalam keadaan bersahaja akan memberi gambaran anda seorang yang peramah. Bila anda terlalu mendesak, sesiapa pun akan hilang minat dan akan menyebabkan si dia rimas. Just play it cool, bro!
3. Gunakan Pickup Line Lain Dari Yang Lain
Terlalu ramai yang ingin mencuba nasib memiliki si dia tetapi tiada perbualan menarik yang dapat memanjangkan perbualan. Menggunakan pickup line pada waktu yang tepat dapat membuatkan perbualan anda di socmed lebih rancak dan si dia mudah terhibur dengan anda.
Boleh menggunakan pickup line di waktu yang tidak si dia duga agar perbualan tersebut akan lebih seronok dan tidak membosankan. Terdapat banyak pickup line yang anda boleh Google sahaja atau tonton sitkom di televisyen jika anda tidak kreatif untuk membuat pickup line sendiri. Tip kali ni adalah, make it natural. Jangan kerap menggunakan pickup line yang sama dan cuba pelbagaikan.
4. Berikan Isyarat Yang Anda Sukakan Dia
Hint yang ingin disampaikan perlulah dengan sedikit bayangan sahaja. Cuba berbual tentang topik yang berkait dan selitkan sedikit hint yang anda sukakan dia dalam diam. Jika dia memberikan respons yang baik, boleh teruskan langkah seterusnya iaitu beri lagi hint yang anda sukakan dia.
Tip-nya, jangan terlalu mendesak dan biarkan ia menjadi sebuah gurauan agar si dia dapat meneruskan perbualan kerana ketika ini dia akan faham akan hint berikut tetapi masih lagi menilai hatinya.
Cubaan ini adalah paling sukar buat mereka ingin mencuba kerana di 'titik' ini si dia akan cuba menjauh pada anda jika dia tidak menyukainya. Namun lebih baik mencuba dari merana bila si dia disambar orang lain, kan?
5. Memuji Si Dia
Jika agak lama berkenalan anda boleh masuk ke tahap sebenarnya iaitu dengan mengenali dirinya lebih mendalam. Cuba memuji cara mereka bertutur, ketawa atau berfikir untuk menyelesaikan masalah. Siapa tidak suka akan pujian, kan? Semestinya jika pujian itu datang dari seseorang yang juga si dia suka.
Anda boleh menyatakan pujian di ruangan komen gambarnya atau direct message dengan dia. Nyatakan hanya dia sahaja yang anda sering hubungi dan tiada yang lain. Hal ini dapat membuatkan si dia rasa yakin dan percaya anda masih cuba menambat hatinya.
6. Menggunakan Emoji Dan Gif (Gambar Yang Bergerak)
Kebiasaan gif yang sering digunakan oleh wanita ialah emoji yang comel dan sedikit emotional tetapi masih kelihatan comel. Jadi, sebagai lelaki cuba pakai emoji dan gif yang sedikit maskulin dan kelakar.
Tidak menggunakan gif yang sama terlalu kerap dan sentiasa up to date dengan gif-gif baharu. Ini dapat menunjukkan anda seorang yang fun tidak membosankan. Penggunaan emoji dan gif juga penting untuk memeriahkan lagi perbualan.
7. Share Video Atau Foto Kelakar
Apabila anda tiada topik untuk bersembang, cuba hantar video kelakar di TikTok yang boleh dikongsikan bersama si dia. Video yang memaparkan kisah viral di tiktok yang membuatkan si dia geli hati. Anda juga boleh share video gelagat kucing yang menghiburkan jika si dia pencinta kucing comel.
Kongsi juga tempat makanan viral di Reels IG yang mungkin boleh anda berdua ke sana bersama-sama. Ingat! Jangan terlalu gopoh, jika si dia tidak terima ajakan anda, biarkan ia berlalu begitu sahaja. Jika tip ini tidak berjaya, jangan bersedih kerana bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor!
8. Habiskan Misi!
Bila semua dah nampak smooth je, anda pun dah nampak yang si dia makin selesa, cuba rilek dan ambil masa dahulu. Kemudian ajak dia keluar, teruskan misi untuk pikat dia!
Nak jadikan dia sebagai pasangan kan? Ajak keluar dan kenal dengan lebih dalam. Persembahkan lawak anda yang disimpan untuk si dia. Kalau anda gentle, cuba luahkan apa yang dirasa pada dia secara bersemuka.
Apa-apa hal pun jangan terburu-buru. Benda baik akan mengambil masa, kan? Jadi kena buat dalam keadaan slow and steady.
Jodoh tidak akan datang bergolek kalau tidak ada usaha dilakukan. Tidak kira lelaki atau perempuan, dua-dua kena berusaha. Tapi janganlah sampai melampaui batas dan sehingga menampakkan anda seperti seorang yang terdesak, tau. Selamat berjaya!