Jangan Tak Tahu Korang Pun Boleh Buat Benda-Benda Menarik Dan Hebat Dengan realme X50 Pro 5G

GAYA HIDUP
July 06, 2020 - 04:27 PM


Sedar atau tidak, zaman sekarang kehidupan kita sebenarnya terlalu bergantung kepada teknologi. Dari sehari ke sehari, ledakan teknologi semakin berkembang bertujuan memenuhi permintaan yang sangat tinggi. Pelbagai industri semakin berlumba-lumba untuk menghasilkan teknologi terbaik.

Dengan persaingan yang begitu sengit, kadang-kadang membuatkan sesetengah daripada kita mula berasa terkebelakang terutama bagi mereka yang lahir dalam generasi X. Ini kerana generasi ini lebih fokus kepada mainstream media seperti televisyen, radio, surat khabar dan sebagainya. Mereka tidak terlalu terdedah kepada dunia internet.

Namun begitu, seiring dengan peredaran zaman tak kira anda lahir pada zaman purba sekali pun, kita tidak perlu rasa kurang dengan teknologi yang kian berevolusi ini. Pada hakikatnya perubahan teknologi bertujuan untuk menambahbaik kehidupan kita serta membantu untuk memudahkan kerja-kerja seharian. 

Contoh terdekat adalah telefon. Jika kita lihat dahulu telefon hanya digunakan sebagai alat telekomunikasi, namun sekarang dengan kehadiran telefon pintar kadang-kadang kita pun rasa macam telefon yang lebih pintar daripada kita, kan. Mana tidaknya, semua benda pun kita boleh buat hanya menggunakan gajet itu sahaja.

Boleh kata, kalau tak ada telefon sehari tanpa internet hidup rasa serba tak kena dan tak lengkap, hinggakan sesetengah ibubapa pun menjadikan telefon sebagat alat menghentikan tantrum anak-anak. 

Bagi mereka yang menjadikan telefon pintar sebahagian gaya hidup anda, kami ingin perkenalkan satu peranti mercu yang mantap untuk masa hadapan, yang baru sahaja dilancarkan oleh realme Malaysia pada 6 Julai 2020. 

realme sekali lagi hadir dengan peranti hebat iaitu realme X50 Pro 5G yang membawakan spesifikasi peranti mercu yang dikatakan mampu untuk memberikan pengalaman penggunaan yang memuaskan. Ini kerana ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 7nm lapan teras dengan prestasi teras A77 yang mampu memberikan tindak balas lebih laju dan pantas.

Dengan sokongan teknologi AI dan cip Snapdragon 865 serta 5G, realme X50 Pro 5G membolehkan kaki gamers di luar sana mengoptima lagi kesan khas serta grafik yang mampu membuat segala jenis permainan dalam telefon anda seakan-akan real.

Boleh ambil gambar travel yang cantik 
Lepas ni bila travel tak perlu bawa kamera besar dah, cukuplah bawa realme X50 Pro 5G

Malah realme X50 Pro 5G juga boleh menghasilkan gambar-gambar yang berkualiti dan menarik kerana ianya menampilkan 2 kamera hadapan dan 4 di belakang. Dengan kamera sebegini sudah pasti ianya dapat menjadikan gambar anda bertaraf profesional gituh. 

Bukan itu sahaja, ada banyak lagi perkara menarik tentang keluaran baru dari realme ini. Jom kita tengok apa lagi yang best tentang peranti baru realme X50 Pro 5G.

PERFORMANCE

  • Snapdragon 865 processor
  • 12GB LPDDR5 RAM + 128/256 GB UFS 3.0 Turbo Write + HPB
  • Vapor Cooling Pro System
  • 4,200 mAh battery
  • 65W SuperDart charge

realme X50 Pro 5G dilengkapi dengan chipset Qualcomm Snapdragon 865, iaitu antara chipset terbaik yang ada ketika ini. Performance game terkenal seperti PUBG Mobile, COD Mobile, Fortnite, dan Mobile Legend sangat mengagumkan dan membuatkan Snapdragon 865 menjadi rebutan dan bualan gamers di Malaysia. Anda boleh lihat fps dan performance game-game di atas di sini (link artikel 1).

Bukan itu saja, phone ini juga didatangi dengan LPDDR5 RAM yang paling latest. Dengan kata mudah, segala tugas anda daripada loading game, download content, buka apps, dan macam-macam lagi akan jadi sangat laju dan tanpa apa-apa masalah. Malah power consumption LPDDR5 RAM juga 20% lebih kurang berbanding LPDDR4 RAM.

Tak cukup laju lagi? Jangan risau, realme X50 Pro 5G juga menggunakan dual channel UFS 3.0 Turbo Write. Dengan kata lain, anda mampu mencapai write speed 730-760MB/s, dan digandingkan bersama HPB (Host Performance Booster) anda boleh mencapai 1700-1900MB/s write speed. Memang laju nak copy/paste segala file yang anda mahukan.

Dari segi suhu pula, phone ini menggunakan Vapor Cooling Systemm yang meningkatkan peleraian haba bagi memastikan suhu phone ini sentiasa rendah. Dengan coverage 100%, performance phone ini akan sentiasa kekal tinggi walaupun anda menggunakan aplikasi berat atau bermain game.

Bateri realme X50 Pro 5G adalah 4,200 mAh. Bagi memastikan penggunaan phone ini tidak terganggu, realme menampilkan 65W SuperDart Flash Charge yang membolehkan phone ini dicharge sepenuhnya dalam tempoh 35 minit sahaja! Malah jika anda charge phone ini ketika bermain game, ia juga mampu mencapai 57% bateri dalam masa 30 minit, memang laju!

PALING BEST

  • Optimization
  • Dual Super Liner Speakers
  • Tactile Linear Motor

Dari segi smoothness, realme X50 Pro 5G berjaya mengurangkan app booting time sebanyak 25%. Ini bermakna aplikasi anda akan dilancarkan dengan lebih laju. Bukan itu sahaja, secara keseluruhan battery life phone ini akan meningkat sebanyak 10% dan kalau anda letak phone anda dalam standby mode, consumption battery akan berkurangan sebanyak 35%. Gamers juga pasti suka dengan touch response delay yang berkurangan sebanyak 35%. Ini bermakna input lag semakin berkurang.

realme X50 Pro 5G dilengkapi dengan super linear dual speakers yang support Dolby Atmos surround sound. Ia juga didatangi dengan Tactile Linear Motor yang meningkatkan vibration feedback ketika bermain game. Lagi immersive la main game lepas ni.

DESIGN DAN BINAAN

Reka bentuk realme X50 Pro 5G sememangya cantik dan selesa dipegang, ia didatangi dengan AG Glass Technology memberikan teksture matte yang membuatkan warna Moss Green dan Rust Red lebih unik dari phone lain. Bukan itu saja, tekstur matte ini juga membuatkan permukaan phone ini senang dan selesa untuk dipegang, dan tiada kesan jari di permukaan phone ini.

Reka bentuk glass di badan realme X50 Pro 5G yang melenkung ke frame besi di tepi membantu grip anda agar phone ini tidak terjatuh. Ini adalah phone daripada realme yang memberikan rasa premium dan solid. Semua button memberikan rasa clicky dan selesa untuk ditekan, dan keberatan phone ini (207g) memberikan rasa ‘luxury’ kepada pengguna

realme UI

realme UI memberikan X50 Pro 5G wajah baharu dan design yang moden. Dari segi warna, realme UI menggunakan saturation dan brightness yang tinggi membuatkan skema warna mereka jadi lebih fresh dan pop out. Pengguna realme X50 Pro 5G juga boleh customize icon untuk semua aplikasi, daripada bentuk, saiz dan juga grafik icon tersebut.

Animasi untuk realme UI juga sangat lancar setelah dilengkapi dengan quantum animation engine yang baru. Berikut feature baru yang didatangi dengan realme UI:

1. Dual Mode Music Share

Membolehkan pengguna realme X50 Pro 5G berkongsi musik atau video yang sama melalui wireless device dan wired headphone dalam masa yang sama. Bukan itu saja, apabila salah seorang sedang menerima panggilan, pengguna lain masih boleh dengar musik atau video yang sedang dipasang tanpa apa-apa masalah.

2. Focus Mode

Memberikan privasi kepada pengguna dengan mengaktifkan ‘Do Not Disturb’ mode dan memainkan musik yang menenangkan anda.

3. 3-Finger Screenshot

Anda kini tidak perlu lagi crop screenshot anda sebaliknya anda Cuma perlu menggunakan 3 jadi dan hold jari anda di bahagian yang anda mahukan.

4. Personal Information Protection

Dengan menggunakan feature ini, realme UI akan menyediakan page informasi yang kosong untuk diberikan kepada aplikasi yang ingin access info peribadi anda.

DISPLAY

  • 6.44 inch 90Hz Super AMOLED
  • 1080 x 2400 Screen Resolution
  • In-Display Fingerprint Sensor

realme X50 Pro 5G dilengkapi dengan 6.44 inci Samsung Super AMOLED display bersama 90Hz refresh rate. 90Hz memang popular dalam kalangan gamers kerana refresh rate ini membuatkan game mereka smooth macam butter. Tetapi tidak semua game yang support 90Hz, mungkin akan diupdate pada masa akan datang.

Resolution 1080x2400 Full HD+ disertakan dengan HDR10+ membuatkan phone ini mampu mencapai tahap brightness lebih daripada 1000 nits. Ini membantu pengguna ketika berada di bawah cahaya matahari, tak perlu lagi cover screen phone dengan tangan anda.

Bagi fingerprint sensor pula ia dilengkapi dengan G3.0 fingerprint recognition terbaru dimana ia memberi lebih 40% keluasan sensitive area. Dan kelajuan untuk unlock phone realme X50 Pro 5G adalah pada 0.27 saat, antara yang terlaju di pasaran ketika ini.

KAMERA

Kamera Belakang:

  • Utama: 64MP, f/1.8 aperture
  • Wide/Macro: 8MP, f/2.3 aperture
  • Zoom (20x): 12MP, f/2.5 aperture
  • Mono: 2MP, f/2.4

Kamera Depan:

  • 32MP wide-angle
  • 8MP super wide-angle

realme X50 Pro 5G ada 6 kamera jadi kita akan lihat satu persatu kelebihan kamera-kamera tersebut. Bermula dengan kamera utama di belakang adalah 64MP kamera. Ia menggunakan 1/1.72’ Samsung GW1 sensor, f/1.8 aperture dan 6P lens. Teknologi yang digunakan membolehkan kamera ini meningkatkan kualiti dan resolution gambar yang diambil walaupun pada waktu malam dan masih penuh dengan detail. Memang superb!

Phone ini juga ada 119’ ultra wide-angle lens bersama f/2.3 aperture pada 8MP resolution. Dengan hanya satu klik, anda mampu tukar kamera anda kepada wide-angle mode. Bukan tu je, lens ini juga support super macro shot sedekat 3cm membuatkan gambar yang diambil lebih jelas dan detail. Sesuai untuk mereka yang minat mengambil gambar macro seperti serangga, daun, dan makanan.

Kamera ketiga adalah 20x Hybrid Zoom camera. Kamera ini didatangi dengan f/1.25 aperture beserta PDAF support. Lens 13MP ini didatangi dengan 2x hybrid optical zoom dan mampu mencapai 5x optical hybrid optical zoom atau lebih tinggi lagi pada 20x hybrid zoom. Teknologi Smooth Zoom akan memberikan feeling seolah-olah anda memakai lens kamera sebenar dan membolehkan pengguna mengambil gambar dan juga video menggunakan lens ini.

Akhir sekali adalah lens monochrome yang membuatkan Black and White Portrait anda lebih cantik dengan pencahayaan yang lebih banyak dan meningkatkan contrast dan tekstur pada gambar yang diambil.

Kamera hadapan realme X50 Pro 5G juga tidak kurang hebatnya dengan 32MP Sony (80 darjah) wide-angle main camera. Kamera kedua pula adalah kamera IMX616 8MP (105 darjah) super wide-angle camera. Kedua kamera ini dilengkapi dengan Edge Deformity Correction dimana ia akan membuatkan gambar anda lebih jelas dan tepat.

Yang mengagumkan mengenai dual camera ini adalah video mode. Sekarang ini, ini adalah selfie camera terbaik untuk video yang ada di pasaran. Kedua kamera ini support UIS Video Stabilization, jadi video anda akan sentiasa stabil. Anda juga boleh dapatkan real-time bokeh di video anda dengan menggunakan portrait mode, power gila! Bukan tu je guys, kamera depan ni juga support slow-motion video pada 120fps. Memang kamera depan terbaik dalam pasaran!

Macam mana? Menarik, kan? Jadi, jika anda berminat dengan realme X50 Pro 5G mereka menawarkan telefon pintar ini pada harga RM2999, dan ia boleh didapati melalui Lazada bermula esok, 7 Julai 2020. 

Kami pasti banyak lagi benda-benda menarik yang korang boleh buat dengan peranti awesome ini. 

Boleh layari Facebook dan Twitter mereka untuk info lanjut.