Jersi Lagenda Michael Jordan #23 Dilelong RM22 Juta!
GAYA HIDUPJersi yang dipakai legenda bola keranjang Michael Jordan ketika meraih kejuaraan terakhirnya selepas beraksi pada Permainan 1 Pusingan Akhir NBA 1998, akan dilelong pada September depan.
Sotheby's yang mengumumkan perkara itu Rabu lalu berkata, ia akan dilelong pada harga anggaran AS$3 juta (RM13.32 juta) dan AS$5 juta (RM22.20 juta).
Jersi merah Chicago Bulls yang ikonik, dengan nombor 23 dan nama Jordan di belakang, baru dua kali dipakai bintang itu ketika enam kejuaraannya.
Menurut Sotheby's, walaupun Jordan menyumbangkan satu jersi kepada Muzium Nasional Smithsonian untuk Sejarah dan Kebudayaan Afrika-Amerika , namun kebanyakan jersi NBA Finals milik Jordan kekal milik persendirian.
Jersi itu mula-mula akan dipamerkan secara terbuka di Monterey, California sebelum dihantar ke New York, di mana peminat juga berpeluang melihatnya semasa lelongan secara dalam talian yang berlangsung bermula antara 6 hingga 14 September.
Walaupun anggaran Sotheby's adalah lebih rendah daripada rekod yang dicatatkan pada Mei untuk memorabilia sukan paling mahal yang pernah dijual - AS$9.3 juta (RM41.30 juta) untuk jersi 'Hand of God' bintang bola sepak Diego Maradona, ia akan menjadi harga tertinggi untuk salah satu artifak Jordan.