Jom "Stalk" Akaun Rasmi Instagram Apple. Anda Pasti Akan Tertarik

GAYA HIDUP
August 16, 2017 - 12:30 PM


Akaun sosial media merupakan satu lagi capaian alternatif dalam mempromosikan sesebuah jenama secara percuma. Baru sahaja dibuka pada 7 Ogos 2017, Apple kini secara rasminya mempunyai akaun Instagram mereka yang tersendiri – @apple.

Menariknya walaupun baru sahaja beberapa hari di buat pengikut instagram Apple dah pun mencecah lebih 600k. 

Dengan sedikit info yang dikongsikan di ruangan penerangan ringkas, Apple yang berkongsi gambar-gambar yang telah diambil menerusi iPhone, turut menggalakkan pengguna Instagram yang menggunakan iPhone untuk berkongsi hashtag #ShotOniPhone dalam setiap gambar yang dimuat naik.

Seterusnya, gambar-gambar yang menarik berkemungkinan besar akan terpilih untuk dikongsikan semula menerusi akaun rasmi ini.

Bagi pengguna Apple ini lahmasa untuk berkongsi gambar terbaik anda yang di ambil menggunakan iPhone. Mana tahu ada rezeki terpilih untuk di kongsikan di Instagram Apple. 

Klik sini untuk ke pautan akaun rasmi Instagram Apple – @Apple