Kalau Parkir Kereta Di Tempat Panas Sila Hadam Tip Ini Untuk Elakkan Udara Panas Dalam Kereta

GAYA HIDUP
September 08, 2017 - 01:42 PM


Parkir kat sekitar Kuala Lumpur ni memang agak limited. Lagi-lagi parkir berbumbung. Kalau ada pun parkir jenis terbuka. Masalahnya parkir tempat macam tu panas pulak kereta. Bila masuk dalam kereta je mesti kena buka tingkap dan aircorn seluar luas alam.

Korang pun mesti selalu buat macam ni kan? Ni ada satu tip untuk korang yang selalu parkir kereta di tempat panas dah terbuka. Boleh kurangkan udara panas di dalam walaupun di tinggalkan seharian di tengah panas.

Tips Untuk Elak Kereta Bahang Walaupun Dibiar Parking Waktu Panas terik

Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka

Tidak susah mana pun, cuma perlu menekan satu butang sahaja, Sewaktu memandu pastikan korang tutup flap air cond kereta. Ini berfungsi agar perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan

Sekiranya anda mahu meletakkan kereta anda di kawasan tidak berbumbung ketika cuaca panas, jangan ditutup flap air cond itu, sebaliknya, biarkan sahaja ianya terbuka. Tujuannya untuk menggalakkan ventilation agar udara panas tidak terperap dalam kereta agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas. Jadi tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation. Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas. Tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation. Bahaya kalau orang cungkil melalui cermin untuk nak curi kereta kan. Yelah malangkan tak berbau.