Kejam! Suami Berbogel Larikan Diri Selepas Sembelih Isteri Dan Anak

GAYA HIDUP
July 05, 2022 - 12:09 PM


Akibat tekanan dan desakan hidup dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak di luar kewarasan apabila sanggup mengelar leher isterinya dan bayi mereka yang baharu dilahirkan di sebuah rumah di Bakar Batu di sini pada Isnin.

Kejadian ngeri itu berlaku di sebuah rumah di Jalan Dewasa, Bakar Batu, Johor, tengah hari tadi. Mangsa, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayi Hans Mohd Thakif Amir ditemui berlumuran darah serta kesan kelar pada leher di luar rumah teres yang didiami keluarga pasangan muda itu.

Namun sejurus selepas kejadian, suspek yang berusia 24 tahun melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal dalam keadaan berbogel.

Menurut laporan media tempatan, berikut kronologi kejadian;

1. Bapa mangsa, Rosman Ahmad, 58, berkata dia menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya yang memaklumkan terdapat masalah di rumah anak ketiganya yang berusia 26 tahun sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian.

2. Apabila Rosman sampai di lokasi kejadian, dia terkedu melihat anak perempuan dan cucunya berlumuran darah dan tidak bernyawa terbaring depan pintu rumah dipercayai dikelar di leher oleh menantunya sendiri.

Bapa mangsa, Rosman Ahmad, 58, menyedari kejadian yang menimpa anak ketiga dari enam beradik itu setelah diberi tahu anak sulungnya.

"Anak saya telefon beritahu ada masalah dekat rumah ini, saya terus bergegas ke rumah anak saya (Hajar Nursyahirin), terkejut tengok cucu dan ibunya terbaring dengan berlumuran darah di halaman rumah.

"Kami terus periksa dan dapati ada kesan tikaman pada leher kedua-duanya," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Isnin.

Difahamkan, sejurus melihat isteri dan bayinya berlumuran darah, suspek yang berusia 24 tahun itu bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal dalam keadaan berbogel sebelum kejadian itu tular.

Rosman berkata, Hans Mohd Thakif merupakan cucu keempat dan anak sulung kepada pasangan berkenaan yang baharu melangsungkan perkahwinan pada Ogos tahun lalu.

"Anak (Hajar Nursyahirin) dan keluarganya ada merancang untuk mengadakan majlis akikah sempena menyambut kelahiran bayi sulung mereka selain mengadakan majlis resepsi perkahwinan.

"Saya difahamkan suspek (menantunya) tidak mempunyai sebarang masalah atau bergaduh dengan isterinya," katanya.
 

Destination: