Kejohanan Peringkat Kebangsaan PUBG – Hadiah Berjumlah RM60,000. Daftar Sekarang!

GAYA HIDUP
December 17, 2018 - 02:12 PM


Salah satu syarikat internet terkemuka, Tencent baru-baru ini telah mengumumkan satu berita gembira untuk semua pemain PUBG Mobile di Malaysia. Buat pertama kalinya, kejohanan peringkat kebangsaan PUBG Mobile akan dianjurkan dan hadiahnya berjumlah RM60,000.

Kejohanan sulung PUBG mobile ini mendapat tajaan pihak Vivo dan juga Yoodo.

PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) akan memulakan peringkat saringan bermula 22 Disember ini di Johor. Ada 4 peringkat saringan akan diadakan iaitu :

Johor : 22 Disember 2018, Aeon Tebrau City, Johor

Sabah : 25 Disember 2018, Kompleks Karamunsing, Sabah

Sarawak : 06 Januari 2019, Emart Batu Kawa, Sarawak

Kuala Lumpur : 12 Januari 2019, Sunway Velocity Level 3, Kuala Lumpur

Sementara itu, 4 pasukan terbaik di setiap peringkat akan berjaya ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 26 Januari 2019 di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Kalau korang selalu lepak mamak main PUBG, ini masanya untuk tingkatkan lagi permainan korang. Masa masih banyak, sebelum itu, pastikan korang mendaftar dulu tau!

Klik Untuk Daftar Kejohanan PUBG Malaysia! ] 

Pastikan korang baca syarat-syarat penyertaan dulu ye... Baru boleh Winner Winner Chicken Dinner