Baru Sampai Dari Russia, Kucing BSH NY12 Harga RM12K Terjatuh Dari Kondo Tingkat 18
GAYA HIDUPMenjaga haiwan yang begitu manja ini bukanlah sesuatu yang mudah namun dengan adanya mereka di sisi mampu mengurangkan tekanan kepada si pemilik. Tidak dinafikan perangai mereka kadang-kadang agak menyakitkan hati disebabkan itulah majoriti pemilik kucing menganggap mereka seperti kanak-kanak.
British Shorthair antara baka kucing yang paling popular seluruh dunia, Mempunyai bulu yang pendek dan tidak memerlukan penjagaan yang ekstrem menjadikan ianya cukup mudah dijaga. Tetapi kena ingat mereka ni makhluk bijak dan sangat picky terutama bab makanan. BSH juga sangat manja terutama kucing jantan jika tidak memberi perhatian secukupnya mereka akan protest dan akan menyebabkan tekanan kepada kucing.
Disebabkan ciri-ciri itulah tidak hairan kenapa harga seekor kucing BSH mampu mencecah sehingga RM17,000. Bagi pencinta kucing bukan harga yang menjadi ukuran namun jiwa penyayang kepada binatang sentiasa menjadi keutamaan.
Menjadi lumrah kehidupan setiap yang bernyawa pasti akan tiba penghujungnya. Perasaan kehilangan haiwan tersayang terutama disebabkan kecuaian sendiri pastinya akan meninggalkan parut yang sangat dalam dan perasaan bersalah sentiasa menghantui.
Akhirnya Aku Pasang Invisible Grill, Selepas Kucing RM12K Dari Rusia Jatuh Dari Tingkat 18
Menurut perkongsi ini, tiada ucapan yang mampu diungkapkan bagi menggambarkan perasaan yang sebenar. Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berulang dan pengajaran buat mereka yang diluar sana untuk sentiasa meletakkan keselamatan paling utama.
Selepas bercerai aku pindah rumah, rumah yang paling dekat dengan tempat kerja kira 5 minit naik motor je. Rumah baru ni tingkat 18 ada 2 bilik, balkoni dan yard. Jadi satu bilik untuk aku dan satu untuk kucing.
Aku ni kalau sebelum tidur rumah kena kemas dan bila bangun pagi kena nampak semua tersusun. Kalau tak malam tu aku tak leh tidur dengan tenang. Balkoni aku dia tutup separuh jadi 50% selamat la. Yard pula pun sama tapi sejak ada kucing aku tutup yard aku dengan penghadang yang tinggi tapi masih lagi tak selamat.
Kebiasaanya kucing akan masuk dalam bilik dan aku tutup pintu bilik kecuali untuk abu & allie. Dua ekor ni tak suka duduk dalam bilik. Kalau tak dia bising. Lagi pun dua ni bukan jenis memanjat.
Seperti kebiasaannya aku akan lepas semua kucing satu rumah sebelum masukkan balik dalam bilik. Jadi abu, allie, alice, ahmad & anggun termasuk ben (anak abu & alice), bella (anak ahmad & maincoon member) & budin (anak abu & anggun) semua ada kat ruang tamu.
Malam sebelum kejadian, entah mengapa aku biarkan allie & anggun dekat luar. Padahal hati dah terdetik tak kena. Sebab biasanya aku buka separuh sliding door dan pintu yard berminggu minggu abu & allie tak pernah panjat. Tujuaan dia nak bagi aliran udara keluar masuk. Tetapi malam itu allie & anggun dekat luar. Sebelum masuk bilik tidur hati aku tak sedap sebab anggun kat luar bukan abu tapi aku sedapkan hati kata ok.
Keesokkan pagi aku bangun tak sedap hati sebab tak bunyi suara kucing dari bilik aku. Biasa ada suara. Aku dah rasa tak sedap hati. Aku turun dari katil aku mandi siap-siap nak pergi kerja aku keluar dari bilik aku dan automatik aku hanya nampak allie je. Masa tu aku tak fikir nak cari anggun sebab hati aku kata anggun kat bawah dah. Aku langkah kaki masuk bilik kucing bersihkan bilik kucing. Aku tak mahu tengok ke bawah lagi dekat bahagian yard tu sebab aku tak ready lagi nak hadapi.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Pergi dekat yard tengok ke bawah nampak anggun dah terbaring. Dekat bahagian yard tu kira satu kawasan yang orang tak akan lalu dan tak boleh access pun. Masa tu aku tak dapat rasa apa-apa dah, aku turun pergi dekat security mintak dia bukakan tingkap untuk masuk ke bahagian anggun jatuh. Aku bawa beg siap-siap aku masuk ikut tingkap dan ambil anggun letak dalam beg. Badan dia dah sejuk sebab dah banyak jam berlalu. Aku tak sampai hati nak ambil gambar dia masa tu. Bagi aku cukuplah aku simpan gambar cantik-cantik sahaja tentang anggun.
Letak dalam kereta aku beli cangkul dan beg yang cantik untuk tanam dia di tempat yang aku selalu lepak bila aku sedih iaitu di tepi sungai. Sejak dari hari itu aku tak berani nak cerita dekat orang tentang apa yang jadi dekat anggun. Aku simpan sendiri. Ianya berlaku pada tahun 2021 dan baru 2024 aku berani untuk bercerita apa yang terjadi.
Sejujurnya sampai sekarang aku tak tau apa yang aku rasa tentang anggun. Ianya perasaan yang sangat-sangat tak boleh aku jelaskan.
Anggun, papa mintak maaf tak dapat jaga anggun sebaik mungkin. Walaupun hanya 6 bulan sahaja anggun dengan papa tapi memori anggun dengan papa tak akan pernah pudar sampailah papa mati. Tunggu papa di sana ya…. Akhirnya Aku Pasang Invisible Grill, Selepas Kucing RM12K Dari Rusia Jatuh Dari Tingkat 18
Sekadar Perkongsian
Bukan untuk mempromosi produk ini tetapi jika anda mempunyai kediaman yang tinggi tiada salahnya untuk mencuba invicible grill untuk memastikan keselamatan anak-anak anda dan juga haiwan peliharaan,
Antara kelebihan Invisible Grill :
- Lebih murah & jimat
- Tidak menghalang pemandangan luar
- Tidak boleh dipanjat
- Tidak mengubah struktur rupa asal rumah (sesuai untuk kondominium dan apartment)
- Warranty 8 - 10 tahun
- Tidak akan karat & reput
- Tidak menganggu pemandangan luar
- Tidak akan putus kecuali dipotong menggunakan cutter
- Keluli Stainless Steel dan dibalut dengan getah Nylon/Teflon
Sesuai untuk:
- Keselamatan anak-anak dari terjatuh dari tempat tinggi
- Melindungi haiwan peliharaan seperti kucing dari jatuh dari balkoni atau tingkap rumah
- Menghalang dari burung terbang masuk ke rumah melalui bukaan balkoni atau tingkap
Sebarang pertanyaan, surat layang, contoh-contoh invisible grill yang dah mereka pasang boleh rujuk laman sosial Safety Invisible Grill by Syafaz Legacy.
- WhatsApp: +60197536304
- TikTok: @syafazlegacy
- Facebook: Safety Invisible Grill by Syafaz