Kekal Berhubung Dengan Kad Sim Khas Untuk Traveller Dari AirAsia

September 05, 2019 - 11:30 AM


Tidak dapat dinafikan, smartphone merupakan perkara yang sangat penting ketika travel. Mana tidaknya, disitulah nak pesan Grab, email, dan paling penting untuk kekal berhubung dengan keluarga mahupun rakan – rakan.

Kebiasaannya, perkara pertama atau kedua yang dilakukan sesudah mendarat di sesebuah destinasi luar negara adalah mencari simcard. Jika tidak pun, korang akan mencari tempat atau kawasan yang menyediakan wifi percuma.

Walaupun kebanyakan lapangan terbang mempunyai jaringan atau liputan wifi percuma, perlu diingatkan kadangkala ianya sangat terhad, liputan tidak kuat dan kadangkala tidak dapat disambung. Untuk atasi perkara ini, ada beberapa pilihan yang kita ada iaitu – beli simcard tempatan, aktifkan roaming atau sewa poket wifi dari Malaysia.

Untuk proses penyewaan poket wifi, kami pernah kongsikan sebelum ini. Kalau pembelian simcard pula, harga bergantung kepada negara yang dilawati. Ada kalanya ia memang murah dan ada kalanya mahal. Bergantung pada destinasi.

Senarai Pocket Wifi Yang Ada Di KLIA / KLIA2

Untuk roaming pula, ia bergantung kepada telco masing-masing. Harga berbeza mengikut telco dan biasanya tak ramai yang akan menggunakan roaming sebab ianya mahal dan tidak berbaloi.

Jika anda kerap ke luar negara, boleh consider Traveller Sim daripada AirAsia. Sim khas untuk traveller ini menyediakan data roaming serendah RM30 untuk 7 hari dan tidak seperti perkhidmatan lain, ia membolehkan korang menggunakan data roaming tersebut di pelbagai negara selagi belum tamat tempoh.

Erti kata mudahnya, kalau korang nak ke dua atau tiga negara, korang hanya perlu bayar sekali sahaja. Dikuasakan oleh Tune Talk, sim traveller ini menawarkan dua pilihan dan kedua-duanya dilengkapi dengan data berkelajuan 4GB untuk seminggu. Bezanya adalah negara mana yang dicover sahaja.

Untuk pek merah berharga RM30, ia meliputi 15 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Australia, Cambodia, Hong Kong, Myanmar, New Zealand, Macau, Bangladesh, Sri Lanka, Brunei dan Arab Saudi.

Sementara itu, untuk pek hitam berharga Rm60, ia hanya meliputi 7 buah negara iaitu China, Filipina, Jepun, Vietnam, India, Korea Selatan dan Laos.

Berikut adalah senarai telco yang bekerjasama di setiap negara :

Perlu diingatkan, kad sim ini hanyalah mengandungi Data sahaja. Ini bermaksud, korang tak boleh lalukan panggilan mahupun SMS.

Buat masa sekarang SIM AirAsia Traveller ini boleh dibeli di KLIA2, Lapangan Terbang Senai, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.