Kelengkapan Sekolah Kini Boleh Didapati di MR. DIY Dengan Harga Lebih Rendah

GAYA HIDUP
February 25, 2021 - 03:14 PM


Rasa macam dah berzaman tak tengok anak-anak kita pergi ke sekolah kan? Untuk korang yang tak tahu, baru-baru ini Menteri Pendidikan telah buat pengumuman pembukaan semula sekolah rendah dan sekolah menegah pada Mac dan April. Boleh rujuk gambar di bawah untuk info lebih lanjut.

MR.DIY Kembali Membantu Ibu-Bapa Dalam Persiapan Pembukaan Sekolah

Bersempena dengan pembukaan sekolah pada bulan yang mendatang, sudah tentu korang perlu menyediakan barang keperluan yang lengkap untuk anak-anak kembali ke sekolah semula. Kalau korang risau tentang harga barang semakin mahal, STOP! 

Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, MR.DIY sedia membantu ibu-bapa di luar sana! Seperti tagline famous MR.DIY, 'Always Low Price', ibu-bapa boleh berbelanja pada harga yang sangat murah di cawangan MR.DIY seluruh negara. 

Dengan pembukaan semula sekolah di seluruh negara, MR.DIY telah berbesar hati untuk menawarkan potongan harga istimewa sehingga 40% untuk lebih dari 100 barangan keperluan sekolah seperti kasut sekolah, beg, bekal makanan, botol, dan peralatan tulis. Ibu-bapa boleh membeli kasut sekolah anak pada harga serendah RM2 di MR.DIY!

Paling menarik, disebabkan kita masih lagi berada di dalam pandemik, barangan keperluan seperti hand sanitizer dan face mask juga turut diberi diskaun bagi memastikan keselamatan anak-anak korang terjamin. 

Malah kalau korang nak beli bekas makanan dan botol untuk bekalan anak-anak ketika di sekolah, korang boleh juga dapatkannya di mana-mana cawangan MR.DIY pada harga bawah RM13.50! Memang sangat murah dan jimat untuk ibu-bapa berbelanja di sini lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ni. 

Potongan harga istimewa yang ditawarkan oleh MR.DIY ni bermula dari 24 Febuari 2021 hingga 7 Mac 2021 ini. 

Jadi tunggu apa lagi? Cepat-cepatlah ke cawangan MR.DIY berdekatan untuk mendapatkan barangan keperluan sekolah anak-anak yang sememangnya penting sebagai persiapan mereka apabila sekolah dibuka bulan hadapan.

Disclaimer: Harga barangan di atas adalah untuk Semenanjung Malaysia ya. Bagi korang yang duduk di Sabah & Sarawak, jangan risau, promosi Back To School ini ada juga di cawangan sana. Korang boleh tekan link ini untuk lihat potongan harga terbaik di kawasan korang

Tak Perlu Risau Berbelanja Di MR.DIY

Lagipun bila berbelanja di MR.DIY, korang jangan risau la tentang keselamatan diri kerana sejak tahun lepas, MR.DIY telah melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sangat ketat untuk para pelanggan dan staf mereka. 

Dan yang paling penting, ibu-bapa di luar sana mampu memberikan keperluan yang secukupnya kepada anak-anak mereka tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak ketika berbelanja di MR.DIY. 

Jadi, jangan lupa untuk rebut tawaran istimewa 40% dari MR.DIY dengan mengunjungi cawangan mereka di seluruh negara berhampiran korang!

Untuk info terkini korang boleh lawati laman web mereka di bawah. Selamat berbelanja dan kembali ke sekolah!

Laman Web | E-Commerce | Facebook | Instagram