Kenaikkan Kos Sara Hidup Punca Malaysia TOP 3 Orang Paling Ramai "Single" di Asia Tenggara?
GAYA HIDUPKos sara hidup dan taraf hidup adalah dua perkataan yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Kos sara hidup adalah kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal tetapi juga keperluan-keperluan lain untuk keselesaan hidup termasuk kos pendidikan, kos sambungan jalur lebar dan kos kenderaan untuk kegunaan harian.
Manakala taraf hidup mengukur perbandingan di antara pendapatan boleh belanja yang diterima oleh seseorang atau keluarga dengan kos sara hidup. Sekiranya pendapatan berada pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup, maka taraf hidup seseorang dikatakan merosot dan begitu juga sebaliknya.
Kajian mengenai status hubungan individu di seluruh Asia Tenggara telah memberi penerangan tentang landskap sosial yang semakin berkembang dengan Malaysia berada di tangga ke-3 paling ramai bilangan individu bujang di negara ini.
Menurut perkongsian yang dibuat oleh SeaAsia Stats, Malaysia dengan 44.68% penduduknya dikenal pasti sebagai belum berkahwin, bercerai, berpisah, atau balu.
Statistik ini meletakkan Malaysia di belakang Filipina dan Brunei dalam rantau Asia Tenggara.
Data tersebut menggariskan pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan individu bujang di Malaysia, termasuk pandangan terhadap perkahwinan, peningkatan ekonomi serta meningkatnya keperluan sosial mereka yang masih bujang.
Ahli sains sosial dan pakar menegaskan bahawa trend ini mencerminkan transformasi yang lebih luas yang berlaku dalam masyarakat Malaysia, di mana individu semakin mengutamakan ruang peribadi, penjagaan diri dan kesejahteraan emosi berbanding tanggapan tradisional tentang perkahwinan dan kewajipan berkeluarga.