Fasih Berbahasa Inggeris, Malaysia Negara Ke-3 Di Asia, Orang Perak Paling Power

GAYA HIDUP
November 30, 2023 - 02:34 PM


Kalau kita perasan, ramai rakyat Malaysia mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Hal tersebut menyebabkan ramai pelancong suka datang ke negara kita kerana mudah untuk berkomunikasi. Terbaru, satu 'bukti' telah pun dikeluarkan EF English Proficiency Index (EF EPI).

Berdasarkan laporan tinjauan terkini yang dilakukan oleh EF EPI, Malaysia merupakan antara negara yang fasih bahasa inggeris tertinggi di dunia, khususnya di Asia.

Senarai yang dikeluarkan itu mengandungi 113 negara yang tidak menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama. Tinjauan tersebut dilakukan bagi mengukur tahap kecekapan dari tinggi hingga ke rendah dengan Malaysia dikategorikan sebagai peringkat kedua tertinggi.

Berdasarkan kedudukan, Malaysia berada di tempat ke-3 tertinggi di Asia yang fasih dalam penguasaan bahasa Inggeris, di belakang Singapura yang berada kedudukan pertama dan Filipina di tempat kedua.

Di peringkat global pula, Malaysia menduduki tempat ke-25 dalam senarai. Bagi markah EF EPI 2023 City pula, hanya Kuala Lumpur yang berjaya muncul dalam senarai dan ibu negara tersebut dikategorikan sebagai ‘Kemahiran Tinggi’.

Yang menariknya, EF EPI 2023 mendapati wilayah teratas dengan penguasaan bahasa Inggeris tertinggi di Malaysia ialah negeri Perak (587), manakala bandar teratas ialah Kuantan (603).

Kumpulan umur yang menguasai bahasa ini di negara kita ialah 26-30 dengan purata markah 582.

 

Kredit: The Vocket

Destination: