Kenali Tanda-Tanda Sihir Pemisah Akhir Zaman

GAYA HIDUP
June 17, 2020 - 06:32 PM


Pernah tak korang yang ada masalah rumahtangga terdetik hati ada sesuatu yang tak kena dalam hidup. Ya kita yang hidup di zaman moden ini sebolehnya untuk tidak berfikir ke arah sihir dan alam ghaib. Tapi nak atau tidak ianya masih lagi wujud dalam dunia serba canggih ini. 

Jika korang mempunyai tanda-tanda ini, usah sebarkan kepada orang lain kecuali seseorang yang anda percayai. Dikhuatiri berlaku hal-hal lain terhadap anda. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, segera dapatkan rawatan Islam.

1. Kerap sakit belakang, bahu, tengkuk dan urat belikat.

2. Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati.

3. Kerap rasa gelisah, berdebar tanpa sebab terutama waktu Asar ke atas.

4. Kerap sakit kepala walaupun sudah mengambil ubat.

5. Kerap kembung perut dan sendawa angin.

6. Kerap rasa berdenyut di bawah ari-ari bagi seorang wanita.

7. Kitaran haid tak normal.

8. Lambat mendapat zuriat.

9. Menjadi rimas dan cepat marah bila berdepan dengan suami atau isteri.

10. Kerap bergaduh besar walaupun berdepan dengan perkara kecil.

11. Ketika marah, isteri kerap meminta cerai.

12. Tidak suka tidur bersama.

13. Nafsu tiada terhadap suami atau Isteri.

14. Tercium bau badan yang busuk, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri.

15. Suka bersendirian di dalam bilik.

16. Tidak suka tempat-tempat yang bising.

17. Sukar tidur pada waktu malam.

18. Kerap mimpi bayi, menyusu dan bermain dengan bayi tersebut.

19. Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa.

20. Kerap mimpi pasangan curang.

21. Perasaan curiga, cemburu buta yang kuat.

22. Kerap bermimpi tempat kotor dan busuk.

23. Kerap terbau kemenyan, colok setanggi.

24. Bila berjauhan dengan pasangan, perasaan rindu amat menebal.

25. Kerap teringat, merindui seseorang yang tidak dikenali atau dikenali.

26. Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci al-Quran.

27. Kerap mimpi bersetubuh dengan orang lain.

Sekiranya ada tanda-tanda ini pada anda atau pasangan, segeralah mendapatkan rawatan Islam yang berhampiran. Jika lambat, mengakibatkan kemusnahan rumah tangga, putus tunang dan sebagainya. Carilah rawatan yang menepati syariat Islam. Menggunakan ayat al-Quran sebagai rawatan, bukan dengan mentera yang kita tidak fahami. Jika tersalah tempat, akan mengakibatkan penyakit baru yang timbul.

Sumber: https://baituljannah.com/