Kenalpasti Perfume Palsu & Original Dengan Cara Ini…





Selain daripada jeans, handbag, baju, perfume juga antara salah satu produk yang selalu jadi mangsa klon. Walaupun ada yang jujur mengatakan perfume yang mereka jual itu adalah perfume reject, ataupun gred AA tetapi masih ramai peniaga yang mengaut keuntungan dengan menjual perfume tiruan dengan harga macam original.


Contoh perfume pasar malam. Harga RM30 je...

Jadi, sebelum anda ditipu, jadilah pengguna yang bijak. Jangan mudah terperdaya. Kalau anda nak beli yang mahal, pegi terus ke shopping mall. Nak beli online boleh, carilah sumber yang boleh dipercayai.

Ni, kami nak kongsikan macam mana anda nak tahu atau dekat mana nak tengok perfume tu sebenarnya Ori ke Bukan…

  1. Kotak Dan Bungkusan

Periksa kotak dan bungkusan perfume anda tu sebelum nak beli. Kalau anda beli secara online, anda kena tunggu perfume sampai dulu lah baru boleh check ianya yang ori atau tidak.

Caranya, bungkusan pada kotak original selalunya lebih kemas. Walaupun susah nak nampak dengan ketara, sekiranya anda perhati dan bandingkan betul-betul anda boleh nampak perbezaan ini.

 

  1. Pembalut Kotak Perfume

Finishing pada pembungkus perfume yang tulen akan kemas. Sekiranya bungkusan itu tak kemas, atau ada lebihan plastik atau gam, maksudnya anda dapat perfume yang tak ori.

 

  1. Papan Kertas

Kebiasaan kotak perfume original akan diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi. Selain itu, ia dibuat bertujuan untuk melindungi perfume itu daripada sebarang kerosakan. Cuba perhatikan bahagian dalam kotak perfume, selalunya akan ada papan kertas yang memegang perfume itu supaya ia kekal di kedudukannya.

 

  1. Label Dan Tulisan Pada Kotak

Kesemua syarikat pengeluar perfume akan menghabiskan banyak duit untuk tujuan marketing, jadi secara tak langsung mereka akan pastikan label dan tulisan di bahagian luar kotak perfume ini dalam keadaan perfect. Sebab itu juga salah satu perkara melibatkan branding.

Cara senang, bukak website perfume tersebut, cuba cari gambar kotaknya, sama tak dengan kotak anda beli itu.

 

  1. Rekaan Botol

Rekaan botol juga salah satu aspek yang anda boleh tengok untuk memastikan perfume anda beli itu yang tulen. Jarang ada botol perfume yang tak sempurnya, penutup senget, ada lebihan kaca timbul dan sebagainya.

Lainlah kalau anda beli perfume reject.

 

  1. Nombor Siri

Salah satu ciri paling senang nak pastikan perfume anda itu palsu atau tidak, bandingkan nombor siri pada bahagian botol dan kotak.  Kalau tak sama tu, faham-faham ajelah.

 

Jika anda dapati anda ditipu, atau penjual mendakwa mereka jual barang ori tapi hakikatnya tidak. Anda sebenarnya boleh laporkan terus dekat KPDNKK dan mereka akan dikenakan tindakan. 

 

 

;