Kenangan Budak-Budak 90an, Mamee Monster Kini Hadir Dengan Pack dan Perisa Terbaru Yang Pasti Mengejutkan

GAYA HIDUP
September 02, 2020 - 11:01 AM


Mamee Monster merupakan salah satu snek atau jajan yang cukup popular satu masa dahulu terutama mereka yang lahir seawal tahun 90-an dan lewat 80-an. Boleh dikatakan hampir semua pernah merasai makanan ringan ini yang hadir dalam pek kecil berharga 20sen ketika ianya mula dijual.

Watak Mamee Monster yang berbulu lebat warna biru itu cukup terkenal hingga tengok bulu je dah tahu itu Mamee Monster. Teringat masa lampau sanggup cari duit syiling segenap rumah semata-mata untuk beli snek ini. Boleh menangis woo kalau tak dapat. Lagi-lagi bila mak ayah tak bagi beli makanan ringan. Kadang-kadang beli juga tanpa pengetahuan diorang.

Korang mesti pernah buat kan?

Seingat kami, Mamee Monster hadir dengan tiga perencah berbeza iaitu ayam, BBQ dan pedas. Walaupun begitu kesemua perisa ini cukup laris di pasaran disebabkan rasa mameenya yang juga enak dimakan begitu sahaja tanpa perisa. Kalau tambah perisa lagi sedap! Setelah buat carian google, rupanya Mamee Monster juga pernah hadir dengan perisa Karipap!

Dengan nilai hanya 20sen ketika itu sudah mampu buat kanak-kanak makan dengan gembira dan mampu memberi kekenyangan sementara kepada mereka sesuai dengan jenis produk ini iaitu sejenis makanan ringan.

Snek ini menjadi terkenal bukan sahaja disebabkan rasa yang boleh dikatakan secukup rasa, bahkan watak Mamee Monster yang berbulu biru itu sendiri mempunyai daya penarik yang cukup kuat sehingga melekat sampai sekarang dalam memori mereka yang pernah rasa.

Walaupun ianya digelar monster, namun sedikit pun tidak pernah memberi perasaan takut dalam kalangan kanak-kanak untuk tidak membeli makanan ringan ini. Mungkin juga disebabkan perwatakannya yang comel dan mesra serta strategi pemasaran yang berjaya memberi kesan yang memukau. Percaya atau tidak snek ini juga menjadi makanan favourite orang dewasa juga.

Tahun lepas, Mamee Monster hadir dengan satu perisa baru iaitu Mamee Monster Black yang hadir dengan warna hitam sempena dengan makanan Korea yang kini popular di Malaysia. Rasa yang boleh dikatakan ektra pedas ini juga mampu memikat mereka yang sukakan makanan korea dan makanan ringan. Walaupun begitu, snek baru ini membawa tagline "eat at your own risk" bagi memberi peringatan kepada mereka yang membeli supaya berhati-hati. Ini kerana ianya mungkin akan memhantui anda yang makan. Sebab ianya sedap!

Mamee Monster Pink

Selama ini, kita sudah sinonim dengan Mamee Monster yang berbulu biru, tapi baru-baru ini ada muncul kelibat Monster berbulu Pink pula. Siapakah Si Pink ni? Apa kaitan dia dengan Mamee Monster Biru yang kita kenal sejak bertahun dahulu?

Agak-agak apa perisa yang hadir dalam Mamee Monster Pink ini? Adakah ianya perisa sirap? atau rose? kalau nak tahu korang kena beli sendiri dan rasa. Apa yang boleh kami katakan Limited Edition Pink Mamee Monster akan hadir dengan perisa yang cukup mengejutkan! Pink bukan sebarang Pink, Pink ini mampu mengugat siapa sahaja yang makan.

Apa lagi jom kita cari di mana pink ni berada. Orang kata susah nak cari pink ni. Bertuah siapa yang jumpa. Hanya beli pek besar Mamee Monster Family Pack dan korang berpeluang untuk berjumpa dengan pink. Tetapi tak semua pack ada Mamee Monster Pink ni. Hanya sesetengah jer.

Dapatkan Mamee Monster Family Pack sekarang juga di kedai-kedai berdekatan korang.

Matlumat lanjut boleh ke:

IG: @iammameemonster

FB: @mymameemonster

Campaign Microsite: https://mameemonster.my/