Kerajaan Arab Saudi Nekad Bina "Cermin" Pencakar Langit Sepanjang 120km

GAYA HIDUP
July 26, 2022 - 05:51 PM


Kerajaan Arab Saudi mengumumkan pelan bangunan pencakar langit bernilai AS$1 trilion (RM4.45 trilion) yang akan merentasi padang pasir sepanjang 120 kilometer (km) serta diperbuat daripada kaca cermin, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Projek digelar Mirror Line itu merupakan sebahagian daripada pembangunan bandar padang pasir dinamakan Neom, yang telah diumumkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman pada Januari 2021.

Pembangunan berskala mega itu kini dibina di wilayah Tabuk, barat laut Arab Saudi.

Mirror Line akan terdiri daripada dua bangunan setinggi 487.6 meter yang didirikan selari antara satu sama lain merentasi padang pasir sejauh 120 km, pantai dan landskap gunung.

Putera Mohammed juga berharap agar projek tersebut dapat disiapkan pada 2030, meskipun pasukan jurutera menyatakan bahawa ia mungkin mengambil masa selama 50 tahun untuk dibina.

Ia juga dijangka mampu memuatkan sehingga lima juta orang selepas disiapkan selain turut menempatkan pangkalan kapal persiaran di bawah gerbang bangunan.

Dalam pada itu, Mohammed bin Salman mengharapkan agar pembinaan bandar Neom secara keseluruhan dapat mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan baharu.

Destination: