Ketahui 8 Waktu Terbaik Untuk Minum Air Masak Untuk Kekal Sihat

GAYA HIDUP
February 21, 2019 - 03:01 PM


Air masak atau air putih memang penting untuk tubuh badan kita, pengambilannya sangat diperlukan untuk mengekalkan ketahanan sistem tubuh badan. Namun, untuk kekalkan supaya tubuh bdan sentiasa sihat, kami kongsikan wkatu yang sesuai untuk minum air masak yang korang boleh cuba praktikkan.

1. Bangun tidur

Selepas bangun dari tidur, inilah masa terbaik untuk anda minum air putih. Segelas air pada waktu pagi membantu badan untuk mudah bangun dan bergerak. Di samping itu, kehadiran air membantu tubuh menolak radikal bebas dan sisa­sisa dari kalori yang dibakar untuk metabolisme badan dalam sekelip mata.

2. Sebelum makan

Seterusnya minum air putih sebelum makan. Ini akan membantu anda berasa lebih kenyang dan jumlah makanan yang masuk ke dalam badan akan kurang. Minum air putih sebelum makan juga akan melembapkan lapisan perut. Ini membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa makan.

3. Bila lapar

Ya, bila mula terasa lapar kerana tidak makan, cuba minum segelas air putih. Cuba mulakan dengan minum 500ml air 30 minit sebelum makan. Air putih akan membuatkan perut lebih kenyang dan mengurangkan selera makan.

4. Sebelum bersukan

Sebelum sukan anda dinasihatkan untuk minum air putih terlebih dahulu. Ini akan membantu tubuh terhidrasi dengan baik, malah peredarannya juga lebih terjaga dan lancar.

5. Selepas bersenam

Selepas bersenam, jangan lupa minum air putih dengan banyak. Ini bertujuan untuk menggantikan cecair dlaam tubuh badan anda yang hilang. Jumlah air yang diminum bergantung kepada berat badan, keadaan kesihatan dan suhu alam sekitar. Namun pastikan anda tidak tergesa­gesa minum air kerana ia boleh menyebabkan kekejangan perut.

6. Bila dikelilingi orang sakit

Jika anda berada di sekitar orang sakit sama ada di hospital, tempat kerja atau sekolah, anda dinasihatkan untuk minum air putih lebih daripada kuantiti biasa. Tujuannya bagi membantu membersihkan kuman dan virus yang tersebar.

7. Ketika sakit

Apabila anda sakit, minumlah banyak air putih agar kesihatan anda menjadi lebih baik. Ambil lapan gelas air putih setiap hari (8 auns setiap gelas) untuk kesan yang baik.

8. Bila anda rasa penat

Tahukah anda, keletihan adalah salah satu tanda dehidrasi? Untuk itu, minumlah satu atau dua gelas air putih ketika anda dalam kepenatan.