Kim Jae Hwan Bakal Bertemu Peminat Dalam Satu Acara Fan Meeting Di Kuala Lumpur Julai Ini!

GAYA HIDUP
June 25, 2019 - 10:44 AM


Berita baik kepada semua peminat Kim Jae Hwan!  Bekas ahli kumpulan Wanna One ini bakal ke Malaysia sebagai artis solo sempena 2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING  [ MIN : D ] IN KUALA LUMPUR.

Dianjurkan oleh UnUsUaL Entertainment dan disokong oleh MacpiePro, sesi bertemu peminat Kim Jae Jwan ini adalah yang julung kali diadakan untuk Kim Jae Hwan untuk bertemu peminat antarabangsanya sejak beliau bergerak secara solo.

Para peminat Jae Hwan atau lebih dikenali sebagan MIN : D ini pastinya tak sabar untuk bertemu dengan Jae Hwan yang turut mesra dipanggil Jaehwan dalam kalangan peminatnya di Korea Selatan.

Mula meningkat naik setelah meraih tempat keempat melalui rancangan realiti ‘Produce 101’ , Jaewhan pada masa tersebut masih bersama Wanna One sebelum kumpulan tersebut dibubarkan pada Januari 2019.

Selepas pembubaran Wanna One, Jaehwan mula fokus kepada perjalanan solonya dan mula menulis lirik lagu sendiri. Hasilnya, album solo Jaehwan berjudul ‘Another’ telah dilancarkan pada 20 Mei 2019 dan mendapat sambutan luar biasa daripada peminatnya.

[ 2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [ MIN : D ] IN KUALA LUMPUR ]

Beruntungnya peminat Jaehwan di Malaysia, penyanyi tampan ini akan bertemu peminatnya di Kuala Lumpur pada 27 Julai 2019 nanti di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada jam 6 petang.

Jadi jangan lupa kosongkan tarikh ye!

Tiket konsert dijual pada harga RM282 (Zon Ungu), RM382 (Zon Kuning), RM482 (Zon Merah), RM582 (Zon A) dan RM692 (Zon VIP).
 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web atau media sosial rasmi UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro.

Laman web :

UnUsUaL Entertainment | MacpiePro

Jumpa kat Shah Alam ;)