Konsert Westlife Berjaya Hiburkan 14,000 Peminat di Kuala Lumpur

GAYA HIDUP
August 14, 2019 - 05:23 PM


Minggu lepas berlangsungnya konsert Westlife The Twenty Tour 2019 Live in Kuala Lumpur di Stadium Melawati Shah Alam. Konsert ini berlangsung selama dua hari berturut-turut pada Khamis dan Jumaat. 

Rileklah berkesempatan hadir untuk menjayakan konsert Westlife The Twenty Tour Live in Kuala Lumpur, bagi merasai sendiri kehebatan kumpulan yang berasal dari Ireland ini. Tambahan pula kami merupakan antara peminat fanatik sejak dari awal kemunculan kumpulan ini lagi. 

Westlife yang dianggotai oleh Nicky Byrne, 40, Shane Filan, 40, Kian Egan, 39 dan Mark Feehily, 39 membuktikan keunggulan mereka dengan kembali di Malaysia pada tahun ini bagi menjayakan jelajah 2019 mereka. 

Konsert yang berlangsung 2 hari ini berjaya mengumpul seramai 14 ribu orang peminat kumpulan Westlife yang membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam bagi menyaksikan sendiri konsert ini

Kami antara mereka yang bertuah kerana berjaya menadapatkan tiket di Macpie Pro selaku pengedar rasmi jualan tiket Westlife The Twenty Tour 2019 Live in Kuala Lumpur! Layanan yang diberikan oleh kesemua petugas dan para media boleh dipuji sehingga konsert Westlife berjalan lancar dari awal hingga tamat persembahan. 

Walaupun permulaan konsert pada hari kedua agat lewat bermula kira-kira pada jam 9.10malam, namun ianya tidak sedikitpun mematahkan hati peminat yang setia menunggu, Konsert bermula dengan lagu Swear it Again yang cukup memukau hati setiap insan yang hadir. 

Setiap persembahan cukup mantap dan menghiburkan. 

Dikesempatan itu juga, Nicky yang mewakili Westlife turut menyeru rakyat Malaysia sama-sama membantu memberikan maklumat mengenai kes kehilangan remaja, Nora Anne Quoririn. Remaja berasal dari Ireland berusia 15 tahun itu dilaporkan hilang dari Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban sejak 4 Ogos lalu.

"Kami menyeru kepada seluruh rakyat di negara ini agar sama-sama menghulurkan bantuan memberikan maklumat terkini dan sahih mengenai kehilangan Nora.

“Kami pasti keluarganya kini sangat berharap agar Nora kembali ke pangkuan mereka dengan selamat. Dan pasti keluarga remaja itu sangat menghargai pertolongan anda, terima kasih Malaysia,” - Nicky Byrne

Westlife terus menghiburkan peminat dengan variasi lagu-lagu hits mereka sepanjang zaman seperti “Swear It Again” , “What About Now”, “My Love”, “When You’re Looking Like That”, “Uptown Girl” dan banyak lagi. 

Bagaimanapun ketika mereka menyampaikan lagu You Raise Me Up, peminat menjadi sedikit beremosi. Dengan kelunakan vokal Westlife dan penghayatan cukup mendalam semasa menyampaikan lagu tersebut menyentuh hati peminat. Penonton turut menyalakan lampu suluh bagi memberi kesan yang lagi awesome.

Secara keseluruhannya, konsert anjuran MacpiePro yang berlangsung selama dua hari itu ternyata meninggalkan seribu satu kenangan manis buat peminat mereka. Semoga mereka akan kembali lagi ke Kuala Lumpur pada masa akan datang. 

Konsert ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua peminat Westlife di Malaysia yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menghadiri konsert ini. Ada di antara mereka yang sanggup datang dari Australia, Terengganu dan Sarawak.