Lampu Diperbuat Daripada Roti Sebenar ?

GAYA HIDUP
September 14, 2017 - 11:22 AM


Siapa suka masuk kedai roti? Walau lalu depan pun jadi lah. Perasan tak, setiap kali kita lalu depan kedai roti, kita akan ada satu perasaan yang… kita sendiri tak tahu nak explain macam mana. Tapi kita suka perasaan tu. Kadang – kadang, kita akan automatic melangkah masuk ke dalam kedai roti tersebut. Dah la bau dia best. Dapat pulak tengok susunan roti dan jenis roti yang banyak.

Menyedari yang roti ni sebenarnya bukan sahaja enak dimakan, tapi ada suatu daya penarik pada roti, pereka yang bernama Yukiko Morita ini menghasilkan koleksi yang sangat berlainan daripada pereka – pereka yang lain. Mana taknya, Yukiko bukan sahaja menghasilkan satu artwork yang menarik, tetapi memang kreatif.

Koleksi Pampshade beliau adalah koleksi barangan hiasan, atau lebih tepat adalah lampu. Apa yang lain tentang lampu yang dihasilkan oleh beliau adalah lampu tersebut dihasilkan menggunakan roti sebenar! Tiada yang special mengenai adunan roti tersebut, dengan menggunakan adunan tepung, garam dan yis. Sebelum dimasak macam biasa.

Cuma untuk tujuan dekorasi, lepas keluar dari oven, roti ini akan dikosongkan dan disalut dengan resin untuk mengeraskan roti. Kemudian, bateri dan LED akan ditambah.

Lihat sahaja hasilnya. Nampak macam roti (memang roti sebenar pun) tetapi berlampu. Untuk dekorasi dekat meja makan ke café ke, sangat sesuai.

 

Kalau ada yang berminat nak dapatkan Pampshade ni, boleh terus pegi dekat website Pampshade. International shipment disediakan dan harga pun, not bad lah.

 

Sumber : Pampshade | Yukiko Morata