Larian 15 Minit Mampu Pulihkan Mood Anda, Cubalah

GAYA HIDUP
October 16, 2018 - 03:41 PM


Setiap orang, ada cara yang berbeza untuk dapatkan kembali mood seharian, tak kiralah untuk meneruskan kerja, mahupun untuk kembali ceria macam normal atau terlampau sibuk sampai terlupa untuk senyum (ada ke macam ni?).

Kalau korang stress di pejabat, ataupun dirumah, jom cuba berlari. Ada kajian terbaru yang menunjukkan dengan larian, korang boleh kurang atau hilangkan stress dan secara tak langsung akan memulihkan mood korang yang kelaut tu.

Untuk yang mengamalkan yoga, kajian terbaru ni jugak ada mengatakan larian lebih baik kesannya daripada yoga yang korang tengah amalkan untuk hilangkan stress tu.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Acta Psychologica, berlari atau berjalan kira-kira 3 km atau lebih kurang 15 minit ni mampu meningkatkan daya tumpuan, konsentrasi dan mood secara keseluruhan.

Dalam ujian yang dilakukan oleh pelajar di Perancis ni, mereka dikehendaki menjawab 2 ujian berkaitan dengan kognitif iaitu perkara-perkara yang melibatkan aktiviti intelektual macam contoh ujian yang perlukan diorang berfikir, nyatakan pendapat ataupun mengingat sesuatu.

Pelajar-pelajar ni kendian dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan duduk diam dalam kelas sambil ada sesi ‘relax’ selama 15 minit, lagi satu kumpulan pergi berlari selama 15 minit.

Selepas itu, ujian yang sama diberikan kepada dua-dua kumpulan, dan keputusannya jelas. Yang mana pergi berlari dekat luar tu markah diorang lebih tinggi dan masa yang diambil untuk habiskan ujian lebih pantas.

Dalam erti kata lain, student yang pergi berlari tu balik dengan keadaan yang lebih fokus, dan ianya membantu dalam proses menjawab soalan.  Dalam masa yang sama, geng-geng yang duduk relax tadi berasa penat dan prestasinya atas kertas ujian tu, tak berapa bagus.

Jadi, berdasarkan kajian… Terbukti larian selama 15 minit, mampu untuk bagi korang fokus dan dapatkan balik mood. TAPI, suka kitorang ingatkan, ini berdasarkan kajian, dan biasanya kajian ni bergantung jugak dengan setiap individu.

Contoh senang, ada orang yang jadi tak boleh buat kerja atau tak mengantuk kalau minum kopi, ada yang minumlah kopi banyak mana pun, kalau nak tidur, tidur jugak. Hihihi.