Larian Outdoor vs Treadmill. Mana Yang Lebih Efektif?

GAYA HIDUP
December 10, 2018 - 05:30 PM


Tanyalah mana-mana ‘kaki lari’ soalan ini “mana lagi bagus, outdoor ke tredmill?” korang mesti akan dapat jawapan yang pelbagai. Yang suka outdoor dah tentulah cakap outdoor, yang suka berlari atas treadmill atau kaki gym mestilah cakap treadmill. Sebenarnya mana satu lebih efektif?

Jawapannya : Dua-dua sama. Masing masing ada pro dan con dia tersendiiri. Tak kiralah korang nak berlatih untuk masuk acara larian, atau sekadar nak tingkatkan cardio, berlari diluar atau dalam rumah sama sahaja kesannya.

Jom kita tengok apa kelebihan dan kekurangan dia ; 

Kelebihan Larian Outdoor :

#1. Otot Lebih Bekerja

Salah satu sebab adalah, kalau kita lari di luar, kita kena elak orang yang lalu lalang, elak lopak air, elak lubang dan sebagainya.

#2. Bagus untuk tulang

Untuk yang kedua ni, disebabkan kita berlari atas permukaan yang kesat dan keras, kita secara tidak langsung menguatkan ketahanan tulang kita. Tapi, kena ingat, kalau lari di atas jalan raya atau permukaan keras ni, segala sendi tidak ada bahan ‘penyerap’ hentakan kaki. Tak macam atas treadmill.

#3. Persekitaran Larian Yang Pelbagai

Ini lebih kepada psikologi pelari jugak sebenarnya. Bila kita lari outdoor, selain dari kita dapat lihat kehijauan tumbuh-tumbuhan (kalau ada) kita akan berasa lagi selesa. Selain itu, kita tak boleh jangkakan apa yang menanti kita di depan.

 

Kelebihan Berlari Atas Treadmill

Satu je yang tak best pasal larian di luar ni adalah faktor cuaca, Kalau hujan lebat, keadaan berjerebu, korang sememangnya tak digalakkan habiskan masa dekat luar. Jadi, solusi yang ada hanyalah atas treadmill.

Treadmill sekarang dah tak macam dulu, ada yang didatangkan boleh kawan kelajuan larian, sudut mendaki dan ada yang dah siap diprogramkan.

Ini antara kelebihan larian atas treadmill :

#1. Tak Perlu Selalu Perhati Jam

Kebiasaanya, treadmill boleh diset untuk bergerak atau merangkumi jarak yang dikehendaki dan sebagainya. Dengan ini, korang dah tak payah sentiasa tengok jam larian untuk tahu berapa jauh korang dah lari dan sebagainya.

#2. Kurangkan Kecederaan

Kebanyakan treadmill sekarang dah direka untuk ‘menjaga’ lutut dan mengelakkan kecederaan kepada pelari. Impak larian atas treadmill sebenarnya lebih sedikit kalau nak dibandingkan larian di permukaan tar dan sebagainya.

#3. Boleh dilakukan bila bila masa

Ini antara point yang paling penting. Larian boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu takut pasal cuaca, keadaan jalan yang gelap, kena kejar anjing dan sebagainya. Kadangkala, bila berlari, ramai yang akan menggunakan earphone. Ini secara tak langsung mengurangkan kepekaan pelari terhadap apa yang berlaku sekeliling diorang.

Kesimpulan : Kedua-dua jenis larian sama ada menggunakan treadmill atau diluar ada kebaikan dan keburukannya. Cuma, kalau korang nak berlatih untuk acara larian yang berjarak jauh, digalakkan untuk mulakan di outdoor. Tapi kalau sekadar nak lari untuk kekal sihat dan fit, boleh gunakan treadmill.

Sebagai contoh : CyberTREK FITuristic Treadmill dari Gintell ni.

Kalau korang berpeluang ke mana-mana outlet Gintell, korang tengok sendiri model yang disebutkan ni. Selain rekabentuk dia yang menarik, tak terlalu besar, ia salah satu treadmill yang mempunyai teknologi i-Trekker.

Ini adalah teknologi terbaru yang mana dia boleh kira langkah yang kita lakukan dengan tepat!

Selain disertakan dengan skrin sesentuh yang stylish, treadmill ni ada disertakan ICS Joint Protection iaitu Intelligent Cushioning System yang dapat mengurangkan kesakitan pada sendi korang semasa larian. Yang bestnya, korang tak berasa sangat setiap kali kaki berada atas ‘belt’. Macam ada selapis kusyen yang menyerap hentakan kaki korang.

Selain tu, semestinya korang kena check-out dia punya program! Ada 12 program untuk mengurangkan berat badan. Kitorang cuba salah satu, dapat rasa kelainan dia lepas satu sesi. Berpeluh, puas macam berlari dekat luar lah cerita dia.

Nak cerita lebih pun tak guna, tapi korang kena pegi ke mana-mana cawangan Gintell untuk alami sendiri pengalaman berlari atas CyberTREK FITuristic Treadmill ni.

Ada 4 warna yang boleh korang pilih, iaitu merah, pink, biru dan kuning. Ikut personality masing-masing lah. Yang penting, design dia sangat moden dan tak besar sangat kalau kita letak di apartment kita.

Lagi satu, dia boleh dilipat. So, lepas berlari, tambah sikit work-out untuk lipat dan simpan. Hehehe.

Sempena Christmas yang akan datang ni, Gintell mengadakan promosi Merry Fitness. 

Harga : RM110.78 untuk bayaran ansuran. Harga penuh ialah RM3988.  Korang kalau berminat, macam kitorang cakap tadi, pergi je mana-mana cawangan Gintell yang terdekat, atau beli je online di laman web Gintell.

PROMOSI TRADE-IN

Sebelum terlupa, Gintell tengah adakan promosi trade in bermula 1 Disember 2018 hingga 31/12./2018. Dapatkan rebat RM4,000 untuk sebarang penukaran kerusi urut (sebarang jenama) kalau korang beli kerusi urut Gintell.

Korang tengok details dekat bawah ni okay?


Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke :

Facebook : Gintell Malaysia

Laman Web : Gintell 

Instagram pun ada : Gintell Malaysia