"Layan Musik Dalam Bendang!"- Pesta Tengah Bendang, Rai Karya Seni Anak Perlis!

GAYA HIDUP
February 13, 2023 - 03:10 PM


Bukan selalu kita dapat experience pesta yang macam ni! Keindahan dan kedamaian di Balbuk Haus yang dikelilingi sawah padi dan berlatar belakang Bukit Chuping di sini, menjadi lokasi penganjuran pesta kesenian yang menampilkan hasil anak-anak seni negeri ini.

Sumber Gambar & Kredit: @cmhaiman (Twitter)

Menariknya, pesta berkenaan yang berlangsung kelmarin diadakan di tengah bendang dengan pengunjung bukan sahaja dapat menikmati persembahan kesenian sebaliknya turut merasai kedamaian serta ketenangan di kawasan perkampungan Balik Bukit itu dalam suasana santai.

Selain persembahan nyanyian, pengunjung yang datang dari seluruh negara itu turut disajikan dengan deklamasi sajak, puisi, persembahan Awang Batil, pameran foto tran/saksi dan pelbagai lagi aktiviti kesenian lain.

 

Destination: