Lihat Bagaimana Pesara Dari Jepun Ini Menghasilkan Karya Yang Sangat Mempersonakan, Hanya Menggunakan Excel!

GAYA HIDUP
December 07, 2017 - 11:30 AM


Tatsuo Horuichi, pesara yang berasal dari Nagano ini tidak menyangka bahawa hasil seninya mendapat perhatian daripada netizen. Jika anda lihat hasil karya Horuichi, anda pasti tidak percaya yang setiap hasil seninya itu dilukis hanya menggunakan Microsoft Excel.

Seperti kebiasaan, para pereka grafik akan menggunakan program seperti Illustrator, Photoshop dan sebagainya untuk menghasilkan sesuatu lukisan digital. Namun, bagi Horiuchi, beliau memulakan lukisan pertamanya menggunakan Excel pada tahun 2000.

Setelah bersara, beliau yang kini berumur 77 tahun itu berminat untuk melukis. Namun disebabkan tidak ingin mengeluarkan modal yang besar untuk membeli peralatan melukis, beliau terfikir untuk menggunakan komputer.

Idea ini timbul kerana lukisan menggunakan komputer ini tidak perlu persediaan yang banyak seperti membancuh warna, penyediaan kanvas, air dan lain-lain.

Dengan menggunakan garisan dan teknik lukisan graf pada Excel, beliau boleh melukis pelbagai bentuk seperti pokok, gunung dan sebagainya. Hasil lukisan pada Excel ini kemudian akan dicetak atas kertas bersaiz A4 menggunakan printer biasa sebelum dicantumkan menjadi sekeping gambar yang besar.

Kebanyakan lukisan Horiuchi diinspirasikan oleh pemandangan di Jepun.

Anda lihatlah sendiri hasil lukisan beliau ini. Macam tak percaya pulak guna Microsoft Excel je….

 

Sumber : ufunk | gambar oleh Tatsuo Horiuchi