
Penglibatan Dalam Seni Mampu Tingkatkan Taraf Hidup ‘Warga Emas’.
GAYA HIDUPSatu kajian yang diadakan di Singapura oleh salah sebuah institusi di sana mendapati bahawa, warga veteran yang melibatkan diri dalam seni, mempunyai taraf kehidupan yang lebih baik.
Mereka mendapatkan 1000 orang responden yang berumur 50 tahun keatas.
Hasil kajian tersebut amat menakjubkan, kerana 3 daripada 4 orang responden mengakui bahawa kehidupan mereka sangat baik selepas mengikuti kegiatan seni dan lebih daripada 60% responden mengatakan bahawa mereka mengikuti sekurang – kurangnya satu aktiviti kesenian dalam tempoh 6 bulan sebelum kajian dijalankan.
Selain itu, survey tersebut juga mendapati warga tua di Singapura mendapat meningkatkan sokongan sosial, kesihatan fizikal dan fungsi kognitif. Tambahan lagi, mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti seni dapat meningkatkan semangat spiritual dan mental sebanyak 10%.
Kajian ini telah diketuai oleh Associate Profesor Andy Ho dari Fakulti Sains Social Universiti Teknology Nanyang.
Mengenai hasil kajian yang mereka dapati; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Singapura, Grace Fu berkata penglibatan warga emas dalam kesenian di Singapura membolehkan mereka berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai latar belakang. “Hasil Kajian ini telah merealisasikan usaha kami dalam membina komuniti yang saling melengkapi dan berkerjasama melalui seni”.
Dengan adanya kajian sebegini, mereka sedari bahawa peluang untuk penglibatan dalam kesenian dapat mewujudkan interaksi antara generasi.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video