Lelaki Ini Cipta Watak Superhero Marvel dan DC Di Alam Realiti

GAYA HIDUP
August 15, 2017 - 11:36 AM


Kanak-kanak sering dikaitkan dengan watak kartun yang diminatinya seperti Power Rangers, Avatar, X-Men dan lain-lain. Tetapi, seorang Jurutera yang meminati kartun kartun tersebut telah menjadikannya watak yang realiti dan bukan lagi sebuah imaginasi.

Hari demi hari banyak watak kartun dan superhero diperkenalkan dikaca televisyen kita, seperti yang sedang hangat sekarang ini ialah The Avengers yang merupakan salah satu produksi Marvel yang cukup hebat dan menarik semua minat orang yang lebih muda hinggalah lebih tua.

Allen Pan ialah seorang Jurutera yang meminati watak kartun dan superhero tersebut. Seorang pelajar Jurutera Elektrik yang merupakan graduan daripada "University of Southern California 2012 " telah menjadikan impian kanak-kanak mahupun orang dewasa menjadi nyata. Memulakan kerjaya beliau dengan hanya bahan-bahan asas yang perlu dimilik oleh seorang jurutera seperti besi, magnet, kayu,  dan dawai.

Allen meminati watak-watak kartun dan superhero beliau dengan membuat alat-alat yang mempunyai kuasa seperti mengeluarkan Api, jaring labah labah dan juga kuasa magnetik. Allen Pan juga telah mengejutkan dunia baru-baru ini dengan replika terbarunya iaitu " The Thor Hammers" yang telah mencecah hampir 12juta penonton pada tahun ini.  

Allen Pan yang merupakan jurutera di Los Angeles lebih dikenali di saluran Youtube beliau yang bernama "Sufficiently Advanced". Kebolehan beliau telah membuatkan ramai peminat superhero di luar sana berasa sangat teruja! Jikalau anda tahu apa itu Mythbusters, maka anda tahu yang beliau pernah berkolaborasi dengan rancangan televisyen tersebut.

Secara keseluruhan , hampir lebih 34juta penonton telah melihat minat beliau dalam membuat replika untuk superhero yang diminatinya. Jadi, bukan susah untuk jadi superhero pada zaman serba moden ini ! Jangan katakan mahu menjadi Avatar, malah X-men yang bernama Cyclops pun beliau sudah membuat replikanya. Tak percaya? Ini hasilnya.