Lelaki Ini Upah Orang Kedai Menyamar Jadi Tukang Servis Bagi Memasang PS5 Tanpa Pengetahuan Isteri

GAYA HIDUP
March 08, 2021 - 12:36 PM


Kalau korang selalu scroll media sosial, ada kemungkinan besar korang pernah tengok satu video viral Korea yang bernama Plash Speed oleh Jangbbijju. Video animasi 2 minit ini mengisahkan tentang seorang suami yang mengupah tukang servis bagi memasang PS4 Pro di rumah dengan menyatakan bahawa peranti tersebut adalah router WiFi kepada isterinya. 

Video tersebut mendapat tontonan lebih dari 10 juta views di YouTube dan sangat famous di media sosial pada tahun 2019. Jadi korang percaya tak kalau min kata ada seorang lelaki ini berjaya mereka semula situasi di dalam video tersebut bagi memasang PS5? Ya, ianya benar-benar berlaku di Vietnam! Modus operandi yang sama digunakan oleh lelaki tersebut bagi menipu isterinya. 

Menurut terjemahan dari Gamer Secret, gamer yang berasal dari Vietnam itu pergi ke kedai yang menjual PS5 dan meminta pekerja di situ untuk menyamar sebagai tukang servis router dari syarikat Viettel. Viettel merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Vietnam dan apabila masalah internet di rumah lelaki tersebut semakin teruk, beliau mula merancang operasi ini.

Pekerja yang menyamar sebagai tukang servis tersebut memang sangat meyakinkan kerana uniform yang disarung merupakan uniform dari syarikat Viettel. Dan yang paling kelakarnya, reka bentuk PS5 ni memang nampak macam router pun. Cuma satu je masalah logo PS5 tersebut telah disembunyikan dengan menampal sticker warranty dari syarikat Viettel sendiri. 

Jadi apa pendapat korang terhadap dedikasi pekerja kedai yang menjual PS5 tersebut? Memang terbaiklah siap pakai uniform dan tampal sticker warranty tu. Kalau orang yang tak kenal PS5, memang diorang tak akan tahu pun peranti besar gedabak tu merupakan peranti gaming terbaik di pasaran sekarang ni. Kalau korang nak cuba, jangan sampai kantoi pulak ya. 

Yang tak pernah tengok video Plash Speed tu, boleh tengok di bawah ni. 

Sumber: Gamer Secret

Destination: