Lelaki Makan Penampar Gara-gara Cium Dahi Lepas Tunang!

GAYA HIDUP
July 14, 2022 - 11:54 AM


Sebuah klip video viral di media sosial Indonesia kerana memaparkan kejadian seorang lelaki yang ditampar bakal isterinya selepas mencium dahi wanita itu ketika majlis pertunangan, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @magelang_raya.

Rakaman memaparkan sebuah majlis pertunangan dengan pasangan itu sedang menyarung cincin di hadapan ahli keluarga.

Lelaki berbaju batik dan berseluar hitam itu dilihat menyarung cincin pada jari manis bakal isterinya.

Selepas itu, dia secara tiba-tiba memegang kepala lalu mencium dahi wanita itu di hadapan orang ramai. 

Wanita berkenaan dilihat terkejut, lantas menampar tangan lelaki itu. Belum boleh lagi bang, kalau tak tahan elok kahwin terus!

Destination: