Lelaki Sado Ini Tawar Khidmat 'Kekasih Sementara' Untuk Gadis 'Single,' RM67.91 Je!

GAYA HIDUP
February 14, 2018 - 05:05 PM


Bila sebut 14 Februari je, majoriti semua orang dah tahu yang hari tersebut adalah Hari Kekasih Sedunia. Pasti ramai antara korang yang mengharapkan sesuatu yang istimewa dari pasangan kan? Tapi, macam mana pulak bagi yang takde pasangan ni? Yang single?

Perkhidmatan kekasih sementara

Haa korang tak perlu risau sebab sekarang semuanya dihujung jari je. Kenapa kitorang cakap camni adalah kerana baru-baru ni kecoh kononnya terdapat sorang lelaki bernama Johan telah menawarkan khidmat kekasih sementara semperna sambutan Hari Kekasih tak lama lagi. Menurut Johan lagi, dia terima tawaran untuk keluar bersama tanpa ada sebarang ikatan istimewa. Walau bagaimana pun, dia jugak tak akan menolak apa-apa kemungkinan sekiranya berlaku date yang kedua sekiranya mereka serasi bersama. Dia telah menawarkan perkhidmatan melalui Carousel dengan harga bermula RM67.91 hingga RM1,000! Menurut Johan lagi, dia meletakkan harga RM 67.91 tu semperna tarikh lahir dia. Namun dalam masa yang sama, dia jugak mengharapkan agar mendapat tawaran yang jauh lebih tinggi untuk proses jual beli tersebut.

Walaupun ada yang mempersoalkan kenapa dia tak letak harga RM678 sebagai harga permulaan sebab harga tu tak lari jauh pun dari harga RM1,000 tu. Dan Johan kata dia tak nak ual dirinya dengan harga yang terlalu tinggi sebagai permulaan.