
Lexar Bawa Masuk Kad Memori SDXC Berkapasiti 1-Terabyte Pertama Di Dunia
GAYA HIDUPKalau korang rajin follow perkembangan gajet dan aksesori, pasti korang tahu apa itu SDXC Card ni. SDXC ni dia sejenis kad memori dalam keluarga SD (secure digital) jugak. Sama macam SDHC dan SD.
Kebiasaannya, yang menggunakan kad jenis ni adalah DSLR dan kalau saiz besar-besar ni, korang yang selalu rekod video beresolusi tinggi mesti suka.
Walaupun SanDisk pernah cakap yang diorang bakal keluarkan SDXC card 1-TB, tapi idea tersebut mati dan diam macam tu je selepas diumumkan pada 2016. Sudahnya, Lexar yang keluarkan dulu. Jarang jugak dengar nama Lexar ni kalau nak ikutkan, sebab dekat pasaran, memang didominasi oleh SanDisk.
Walaupun berkapasiti 1-TB pada SDXC Lexar ni, dia punya kadar kelajuan hanya 95 MB/s bila transfer gambar atau video. Agak perlahan, sama seperti SD card yang normal. Agak kurang praktikal jugak sebenarnya memori card besar-besar ni, satu kita akan jadi malas nak transfer gambar yang banyak dari kamera, dua, potensi hilang, tiga; kalau berlaku kerosakan.
Cuba bayangkan 1-TB video atau gambar yang korang dah penat-penat tangkap, hilang sekelip mata. Menangis beb.
Selain pada tu, bila dah terlalu banyak video atau gambar, nak read dia mesti mengambil masa yang agak lama daripada biasa.
Banyaknya sampai 1-TB…
Memang, pada mulanya diorang keluarkan card 1-GB dulu, jadi bahan jenaka jugaklah. Tapi sekarang ni, 1-GB tu alah, sikit nau! Kita kena bersedia, sebab sekarang ni, bukan takat resolusi 4K je, dah ada 8K pun. Jadi, kalau untuk videographer atau photographer professional, mungkin berbaloi. Ini perbezaan, 8K, 4K dan 2K.
Perbezaan dia dari segi size video yang akan diambil dan resolusi lah. Lagi banyak nombor dia, lagi besar file, gambar lagi sharp dan cantik.
Untuk yang biasa-biasa ni, kita guna SD card biasa pun okay je. Dari segi harga, belum dinyatakan lagi setakat ini. Tapi, mungkin ‘keras’ jugak rasanya.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video