"Magical Messi" - Berjaya Bawa Argentina Ke Final Piala Dunia Qatar 2022. Ini 5 Rekod Ajaib Messi

GAYA HIDUP
December 14, 2022 - 03:22 PM


Argentina melakar sejarah apabila menempah tiket ke final Piala Dunia Qatar 2022 apabila menang bergaya memadam impian Croatia dengan kemenangan 3-0.

Tentulah dalam pertembungan tersebut, Lionel Andrés Messi atau Messi menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia.

Bintang 35 tahun itu pun terus menjadi buah mulut bukan sahaja kerana membawa Argentina mara ke final dan menanti lawan mereka sama ada Perancis atau Morocco, tetapi telah mencetak sejarah peribadi dan ‘ajaib’ dalam arena sukan tersebut.

Malah gol ke-11 ini mungkin akan bertambah pada perlawanan final jika Messi terus mengekalkan staminanya sebagai salah seorang pemain bola terhebat dunia.

Berikut lima rekod ajaib yang telah ditorehkan oleh Messi seperti dinyatakan CNN:

1. PEMEGANG REKOD PENJARING TERBANYAK PIALA DUNIA

- Messi kini menjadi pemegang rekod penjaring terbanyak Piala Dunia dengan 11 gol. Gol ke-11 diperoleh selepas menyumbat bola ke gawang Croatia pada perlawanan semi final yang baru berlangsung.

Dengan 11 gol di dalam tangan, sebelum Piala Dunia berakhir, Messi telah memadam nama Gabriel Omar Batistuta dengan rekod 10 gol. Dia juga memiliki tiga gol lebih banyak dari sang legenda Tim Tango, Diego Maradona.

2. PENCATAT DAFTAR KETERLIBATAN GOL PALING BANYAK

- Messi terlibat dalam 19 gol, baik sebagai pencetak mahupun pengirim bola atau assist. Sejak terlibat dengan Piala Dunia pada 2006, Messi mencetak 11 gol dan lapan assist.

Hal itu membuatkan Messi menyamai catatan Miroslav Klose, Ronaldo, dan Gerd Muller. Sejak catatan statistik tersedia pada 1966, empat pemain tersebut merupakan pemimpin dalam daftar keterlibatan gol.

3. PEMAIN PERTAMA MENCETAK GOL & ASSIST 4 PIALA DUNIA BERBEZA

- Messi menjadi pemain pertama yang mencetak gol dan assist dalam empat Piala Dunia yang berbeza.

Pertandingan pertama Messi membuat gol dan assist terjadi pada Piala Dunia 2006 ketika Argentina bertemu Serbia.

Selanjutnya sepasang gol dan assist dibuat tiga kali oleh Messi pada Piala inDunia 2022, sewaktu menentang Mexico, Belanda, dan Croatia.

4. SELALU BUAT GOL KEMENANGAN BUAT ARGENTINA

- Gol Messi selalu menghiasi kemenangan Argentina dalam tiga laga fasa iaitu dari awal sehingga masuk ke kelompok 16 besar, suku akhir dan separuh akhir temasya yang berlangsung empat tahun sekali ini.

Ini menjadikan Messi pemain keenam yang melakukan hal tersebut dalam satu edisi Piala Dunia setelah Salvatore Schillaci (Piala Dunia 1990), Roberto Baggio (1994), Hristo Stoichkov (1994), Davor Suker (1998), dan Wesley Sneijder (2010).

5. PIALA DUNIA QATAR 2022 ADALAH PENAMPILAN KE-25

- Penampilan melawan Croatia merupakan yang ke-25 bagi Messi di Piala Dunia. Messi kini memegang rekod yang sama dengan Lothar Matthaus dalam perlawanan terbesar dunia ini.

Sumber: Awani

Destination: