Mahalnya Bil Elektrik! 6 Tips Cara Menjimatkan Penggunaan Aircond

GAYA HIDUP
May 25, 2021 - 04:07 PM


Lagi lama kita di rumah, lagi banyak kita akan pakai aircond. mana tidaknya, sekarang kita kena kurung diri di dalam rumah sebabkan pandemik dan cuaca pulak panas, bukak maksimum lah aircond.

Tetapi seperti kita ketahui, penggunaan aircond menyebabkan bil elekrik rumah akan melambung tinggi. Jadi macam mana nak elak dari bil elektrik tinggi? Ikuti 6 tips mudah untuk menjimatkan bil.

1. Tutup Suis Utama

Paling utama dalam penjimatan elektrik ketika menggunakan aircond ialah suis utama. Pastikan tutup juga suis utama walaupun sudah menggunakan alat kawalan jauh aircond.

Elektrik masih akan berjalan tanpa korang sedar sebab suis utama itu sebenarnya yang menjadi punca arus aliran elektrik di rumah.

2. Set 'Timer'

Mod tidur yang ada di control aircond korang, boleh di gunakan. Set 'timer' kepada satu atau dua jam dan selepas itu aircond akan tutup secara automatik dan biarkan kipas sahaja terbuka. 

Malam-malam memang sejuk jadi tak perlu nak pasang aircond lama sangat nanti kejung badan.

3. Tetapan Suhu

Suhu perlu di 'set' ke 24'C atau lebih. Kalau set ke 18'C, ianya akan membuat kompressor di paksa untuk capai suhu tersebut. 24'C sebenarnya cukup selesa dah untuk menyejukkan ruang bilik.

Elektrik akan lebih jimat bila kompressor tidak digunakan sebab ianya akan berhenti pada suhu yang telah di capai. Kata mudah, semakin rendah suhu, semakin tinggi lah elektrik.

4. Buka Kipas Terlebih Dahulu

Sebelum tidur dan  nak gunakan aircond, buka dahulu kipas dan pintu atau tingkap untuk mengeluarkan udara panas dalm bilik. Selepas itu, baru boleh buka aircond bersama kipas.

Jangan lupa tutup pintu bila dah buka aircond nanti udara sejuk keluar.

5. Bersihkan atau Tukar Penapis Aircond Setiap Bulan

Pastikan penyelenggaraan tapis aircond di jaga dengan baik. Paling penting kalau nak aircond korang bertahan lebih lama. Bila penapis kotor, lagi banyak pakai elektrik, bila banyak pakai eletrik, kurangkanlah keberkesanan unit korang.  

Sistem aircond yang tidak di jaga dengan baik akan menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan janghka hayat pendek.

6. Jadualkan Penyelenggaraan Tetap untuk Aircond

Paling jangan lupa ialah servis aircond. Aircond ini bagai anak yang di jaga, kalau tak diberi makan, lemah lah badan. Aircond kalau udara dia panas, terus hubungi servis.

Kita bayar aircond untuk udara sejuk, bukan udara panas. Sayanglah, bayar bil elektrik tapi tak dapat udara sejuk.

 

Sumber: Maskulin