Guna Aircond Cara Betul Dan Menjimatkan Elektrik, Ini Formula Yang Patut Anda Ikut!
GAYA HIDUPSelama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, apa yang paling dikuatirkan orang ramai selain keputusan bekalan makanan, tiada topeng muka, sanitizer mudah terbakar (lol) adalah bil elektrik rumah yang semestinya akan lebih mahal dari bulan – bulan sebelumnya.
Mana tidaknya, cuba buat kiraan kasar penggunaan barangan yang menggunakan elektrik di rumah yang sentiasa terpasang atau kerap kali digunakan lebih – lebih lagi dalam tempoh ini, satu pastinya TV, kipas, laptop / computer (yang mana perlu bekerja dari rumah) dan pastinya aircond!
Boleh dikatakan, aircond adalah penyumbang terbesar kepada peningkatan bil elektrik setiap bulan dan ini akan mejadi lebih parah, sekiranya cuaca panas atau rumah anda jenis bertutup dan perlu menggunakan aircond bagi mengurangkan haba di dalam rumah.
Jangan pening tentang bil yang tinggi disebabkan aircond kerana ada seorang pengguna FB dengan nama Fazlie Idris ada pernah kongsikan dulu satu formula untuk guna aircond dengan betul bagi menjimatkan elektrik namun tidak jejaskan keselesaan.
Apa kata anda cuba dulu formula penjimatan aircond ini :
#1. Beli Aircond Pada HP yang mencukupi / lebihkan sedikit
Kuasa aircond ini, kita kira menggunakan HP atau horse power. Sebenarnya, ada cara pengiraannya untuk tentukan sesebuah ruang itu perlukan saiz yang mana.
Cara kiraan HP aircond ialah : (luak kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh, untuk bilik berukuran 12’ x 10’ [(12x10) x 60 ] / 9000 = 0.8HP.
Jadi, untuk bilik berkeluasan 12 kaki x 10 kaki ini, korang kena sekurang – kurangnya 0.8HP. Ada yang kata 0.5HP mencukupi tapi sebenarnya aircond 1HP adalah paling sesuai atau yang terbaik 1.5HP. Kalau 2.0 dah terlebih power pulak.
Tujuan dia dekat sini adalah kita nak kurangkan pergerakan compressor. Bila kurang kompresor bergerak, maka kurang penggunaan elektrik. Kita nak kompresor itu cut off dan turn on pada jangka masa atau interval yang panjang. Ini dapat menjimatkan elektrik.
#2. Guna Aircond Dengan Teknologi Inverter
Fungsi inverter pada aircond ialah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompesor. Bila penggunaan kompresor dah stabil, kita secara tak langsung dapat mengurangkan penggunaan elektrik.
Bagi yang gunakan aircord jenis ada inverter ini, jangan gatal on off kerap sangat. Selalunya inverter ini akan mula berfungsi lepas tempoh yang lama. Biasanya lepas 4 jam.
#3. Set Aircond Dengan Cara Yang Betul
Jarang sangat jumpa orang yang setkan aircond dia dengan betul. Majoritinya cara yang kurang tepat, iaitu ditetapkan pada satu suhu.
Contoh, 24 darjah, kipas diset level 2 daripada 4. Lepas itu dibiarkan sampai pagi / petang, baru off.
Sebaiknya, bila nak mulakan penggunaan, setkan pada suhu terendah contohnya 16 darjah Celsius, dan kipas dibuka paling kuat contoh level 4. Biarkan keadaan ini selama lebih kurang 30 hingga 45 minit. Selepas itu, set suhu kepada 24 ~ 26 darjah. Kipas, set kan separuh dari full power aircond anda.
Cerita muda dia macam ini, apabila kita menggunakan aircond, paling banyak elektrik digunakan adalah apabila ia baru dihidupkan. Kompresor perlukan tenaga yang banyak untuk bergerak.
Fungsi naikkan suhu pulak adalah untuk pastikan waktu cut off dipercepat. Ia akan panjangkan interval untuk kompresor ‘mula kerja’ semula. Misalnya aircond ditetapkan pada setting suhu yang sama, kompresor perlu bekerja lebih.
#4. Jangan Selalu On dan Off
Ini pasti ramai yang buat kan? Bila rasa bersalah tu datang, aircond akan ditutup. Bila terlampau panas, dibuka semula. Kalau boleh, elakkan. Lebih kerap kita on dan off aircond ini, lebih kuat penggunaan elektrik sebenarnya.
Ingat, aircond gunakan elektrik yang kuat semasa di-on kan! Kalau on off banyak kali, lagi banyaklah penggunaan dia.
#5. Lalukan Servis Setiap 6 Hingga 9 Bulan Sekali
Paling kurang pun, setidaknya servislah aircond berkenaan sebulan sekali. Ingat, aircond yang tidak diservis akan jadikan ia kurang sejuk. Secara tak langsung, ini akan membuatkan kita sering naik turunkan suhu, tukar setting dan sebagainya.
Ada juga yang ingat gas habis, padahal filter dah penuh dengan habuk kotoran.
p/s : Rajin – rajinlah bersihkan habuk dekat filter aircond tu, buat sendiri boleh.
Cuma, kalau dah masuk 6 bulan atau 9 bulan tu, servis menyeluruh diperlukan. Sama macam kereta lah, setakat pam tayar tu, boleh lah buat sendiri. Kalau major servis, kena panggil atau hantar ke pakar, betul tak?
Nota editor : Aircond yang lama tak diservis ada kebarangkalian tinggi untuk cepat rosak ye, jangan sebab nak jimat RM70, kena keluar lebih untuk beli aircond baru pulak.