Majoriti Ibu Bapa Tidak Setuju Sekolah Dibuka Oktober
GAYA HIDUPIbu bapa sentiasa peka akan keselamatan anak mereka. Seiiring dengan perancangan kerajaan untuk membuka semula sekolah pada bulan Oktober cetus reaksi yang berbeza.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan menjelaskan sebaiknya sesi persekolahan dibuka semula pada tahun hadapan setelah semua pelajar selamat divaksin.
Jelas beliau, kegusaran dari pihak ibu bapa ini perlu diambil serius kerana berdasarkan soal selidik yang dijalankan hampir 75 peratus ibu bapa tidak bersetuju dengan pembukaan sekolah pada bulan hadapan atas risiko dijangkiti COVID-19. Tambahnya, terdapat juga kalangan ibu bapa tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah atas sebab yang sama.
Sehubungan itu katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM) perlu memperhalusi mekanisme pemberian vaksin dan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sekolah bagi membendung penularan semula COVID-19. Tambah beliau, SOP dalam segala aspek termasuk pembelajaran secara bersemuka, aktiviti sekolah dan sebagainya perlu diperhalusi dan diperjelaskan KKM bagi mengembalikan keyakinan ibu bapa.
Mohamad Ali juga mempersoalkan tentang tindakan KKM terhadap guru yang tidak mahu divaksin atas pilihan sendiri. Hurainya, adakah pihak KKM akan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka seperti yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).