Majoriti Kes Cacar Monyet Berpunca Dari Hubungan Seks Sejenis!

GAYA HIDUP
July 26, 2022 - 04:13 PM


Jangkitan cacar monyet atau monkey pox boleh berjangkit akibat melakukan aktiviti seks songsang atau sejenis.,

Satu kajian baru-baru ini mendedahkan bahawa 95 peratus kes cacar monyet (monkeypox) disebarkan melalui aktiviti seksual. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine pada hari Khamis (21/7) datang ketika pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih berdebat sama ada untuk mengklasifikasikan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.

Wabak ini sangat tertumpu di kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, dan virus itu banyak ditularkan melalui hubungan seksual. 

(Langkah Awal Dari KKM)

Selain itu, para penyelidik menekankan dalam satu kenyataan bahawa virus itu juga boleh disebarkan melalui sentuhan fizikal, seperti pernafasan dan penghantaran melalui pakaian dan permukaan lain.

Simptom Monkeypox

Terdapat tempoh inkubasi antara tujuh hingga 14 hari jelas CDC yang gejala awalnya adalah :

  • selesema,
  • demam
  • menggigil
  • keletihan
  • sakit kepala
  • lemah otot
  • bengkak pada nodus limfa yang membantu tubuh melawan jangkitan dan penyakit.
  • ruam di bahagian muka, badan, mulut, tapak kaki & tangan