"Makin Rancak Pelancong Masuk!" - Rakyat China & India Dapat Pengecualian VISA Selama 30 Hari

GAYA HIDUP
November 27, 2023 - 12:00 PM


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mengumumkan pelancong dari China dan India bakal menikmati pengecualian visa untuk memasuki Malaysia selama 30 hari mulai 1 Disember ini.

Langkah itu adalah sempena meraikan sambutan 50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, tahun depan.

Menurut beliau lagi, kemudahan tersebut  juga adalah tambahan kepada tempoh pengecualian visa selama 15 hari yang diberikan kepada warga dari negara Asia Barat sebelum ini.

Sementara negara-negara teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Iran serta semua negara Asia Barat termasuk Turkiye dan Jordan pula pada masa ini menikmati kemudahan pengecualian visa.

Kemudahan kemasukan ke Malaysia tanpa visa ini juga turut dinikmati oleh lapan buah negara ASEAN lain yang

“Pengecualian ini tentunya tertakluk kepada tapisan keselamatan awal yang dibuat kerana soal keselamatan.

“Kalau ada rekod jenayah atau risiko keganasan maka visa tidak akan dibenarkan. Ini wewenang pasukan keselamatan terutamanya Jabatan Imigresen,” katanya dalam perbahasan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional PKR 2023 di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari semalam.

Destination: